Hanni Newjeans Muncul Sebagai Saksi Kes Buli Dalam Syarikat
Hanni Newjeans Muncul Sebagai Saksi Kes Buli Dalam Syarikat

Hanni Newjeans Muncul Sebagai Saksi Kes Buli Dalam Syarikat

Hanni Pham dengan penuh berani menampilkan diri di Perhimpunan Kebangsaan Korea untuk menyuarakan ketidakadilan yang dialami oleh ahli kumpulannya, NewJeans. 

Ahli kumpulan NewJeans yang baru berusia 20 tahun, Hanni Pham menampilkan dirinya sebagai saksi kes buli di Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan pada 15 Oktober 2024 yang lalu. Hanni datang dengan tujuan untuk menangani isu gangguan dan buli di tempat kerja yang dihadapi olehnya dan ahli kumpulannya. Semasa keterangannya di hadapan Jawatankuasa Buruh Dewan Negara Korea Selatan, gadis muda  itu berkongsi  pengalamannya. Dia bercakap tentang pengalaman NewJeans bekerja di bawah ADOR, sub-label yang merupakan sebahagian daripada HYBE. Industri muzik Korea seringkali dihantui dengan aduan mengenai tekanan tinggi dan buli. “Saya berharap para pelatih tidak mengalami insiden seperti ini, dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk tampil,” kata Hanni semasa audit parlimen yang disiarkan di televisyen. 

hanni

Gambar Dari: The Korea Times

NewJeans Mnegadakan Siaran Langsung Untuk Bersuara

Gadis yang berketurunan Vietnam-Australia itu berkongsi dalam keterangannya bahawa dia berasa diperkecilkan dan diabaikan oleh pihak pengurusan syarikatnya sendiri. Beberapa bulan yang lalu, NewJeans mengadakan siaran langsung untuk menyuarakan pendapat mereka. Hanni menceritakan bagaimana seorang pengurus dari kumpulan K-pop lain telah mengarahkan mereka untuk mengabaikan penyanyi NewJeans tersebut. Tindakan itu membuatkannya berasa seolah-olah mereka dibenci oleh syarikat, katanya. “Saya tahu perkara ini tidak akan menyelesaikan semua masalah di dunia, tetapi jika kita saling menghormati, sekurang-kurangnya tidak akan ada masalah buli. Begitu juga dengan gangguan di tempat kerja,” ujar Hanni, sambil menahan tangisannya. NewJeans sendiri terperangkap dalam perbalahan antara syarikat mereka yang berkuasa, HYBE dan bekas CEO sub-label, Ador yakni Min Hee-jin.

hanni

Gambar Dari: The Korea Times

CEO baru Ador, Kim Ju-young, memberitahu sesi pendengaran parlimen bahawa beliau sedang menyemak situasi tersebut. Akan tetapi, belum menemui bukti untuk mengesahkan dakwaan Hanni. “Saya percaya saya telah melakukan segala yang saya mampu,” ujar Kim Ju-young. “Tetapi melihat bahawa Hanni berasa begini dan situasi ini menjadi semakin serius, saya tertanya-tanya jika ada lagi yang boleh saya lakukan.” Kenyataan Kim Ju-young dibalas oleh Hanni dengan “Maafkan saya, tetapi saya tidak rasa anda telah melakukan segala yang anda mampu. Anda berkata anda akan melindungi kami pada awalnya. Tetapi anda tidak mempunyai kehendak untuk melindungi kami atau kemampuan untuk mengambil tindakan.” ujar Hanni dengan kecewa. Layanan buruk dari pihak syarikat kepada kumpulan itu bukanlah baru, Hanni juga menyatakan bahawa sapaannya seringkali diabaikan oleh orang atasan syarikat tersebut. 

hanni

Gambar Dari: Yonhap News

HYBE merupakan syarikat besar yang bukan sahaja mengurus NewJeans, malah kumpulan terkenal seperti BTS, Le Sserafim, TXT dan SEVENTEEN. 

See also
Isu Rogol Bukan Jenaka, Pandelela Rinong Berkongsi Momen Pahit Bersama Bekas Jurulatih

Pautan Berkaitan: Hanni Daripada NewJeans Membintangi Kempen Gucci Horsebit 1955