Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelakon berusia 54 tahun ini sering berkongsi rutin kecergasan yang diamalkannya di media sosial. Menerusi satu hantaran di Instagram pada 1 Mei lalu, dia mendedahkan tinju adalah rutin kegemarannya untuk kekal langsing.
Namun ia bukanlah satu-satunya rutin kecergasan yang dilakukannya. Dia melakukan pelbagai jenis senaman termasuk seni bela diri, yoga dan latihan kekuatan, menurut majalah Self.
Satu-satunya senaman yang tidak digemari pelakon Catwoman ini? Berlari. “Ia bukan untuk saya. Saya rasa ada garis halus antara mencabar diri dan memaksa diri, dan penting untuk mengetahui perbezaannya,” ujarnya.
Dia baru-baru ini mencabar dirinya dengan berusaha lebih keras untuk mendapatkan tali pinggang ungu dalam jiu jitsu.