Use your ← → (arrow) keys to browse
Menerusi ujian yang dilakukan di hospital, Hailey disahkan mengalami serangan iskemia sementara (TIA) yang juga dikenali sebagai strok mini yang berpunca daripada tiga kemungkinan.
“Yang pertama, saya baru sahaja mula mengambil pil perancang kehamilan. Sepatutnya tidak boleh kerana saya penghidap migrain, dan saya tidak memaklumkan doktor mengenai perkara ini.
“Jadi jika anda mengalami migrain yang teruk dan merancang untuk mengambil pil perancang, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Pil perancang berpotensi menyumbang kepada strok,” katanya.
Dua lagi punca yang dimaklumkan oleh doktor kepada Hailey adalah penerbangan jarak jauh dan kesan sampingan jangkitan Covid yang dialaminya baru-baru ini.