Anugerah Grammy 2023 menyaksikan Kendrick Lamar tewas buat kali keempat untuk kategori Album Terbaik. Dia tercalon pada 2012 menerusi album Good Kid, M.A.A.D City, 2015 untuk To Pimp A Butterfly, 2017 untuk Damn dan tahun ini untuk Mr. Morale & The Big Steppers. Bagaimanapun dia pernah memenangi kategori Album Rap Terbaik sebanyak tiga kali.