Gong Hyo Jin dan Kevin Oh Langsung Perkahwinan Hari Ini!
Tahniah! Peminat gembira akhirnya dapat melihat pelakon wanita Korea kesayangan mereka, Gong Hyo Jin dan penyanyi Kevin Oh akhirnya bersatu mengikat tali perkahwinan.
Majlis yang diadakan hari ini berlangsung cukup peribadi. Menurut agensi Gong Hyon Jin, Management SOOP, ia hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja. New York menjadi saksi ikatan cinta mereka hari ini kerana di situlah tempat di mana suaminya, Kevin, menghabiskan kebanyakan masa mudanya.
Gong Hyo Jin hanya memuatnaik sekeping gambar di Instagram dan dapat dilihat sipi-sipi kain net leretnya seolah dalam persalinan gaun perkahwinannya dengan kapsyen berbunyi,
Gong Hyo Jin, 42, dan Kevin Oh, 32, sebelum ini mengumumkan status hubungan mereka kepada awam pada April 2022. Kata mereka, hubungan percintaan itu sudah terjalin semenjak dua tahun yang lalu.
Menurut laporan media Korea lagi, pelakon Jung Ryeo Won dan Uhm Ji Won dikatakan turut berada di New York ketika ini untuk menyaksikan hari bahagia kedua pasangan mempelai.
Buat yang tidak mengenali wanita ini lagi, beliau adalah merupakan pelakon yang versatil. Dilahirkan pada 1980, drama “Master’s Sun” dan “It’s Okay, That’s Love” menjadi antara drama yang paling hit melonjakkan Nama wanita ini. Manakala Kevin Oh pula lahir pada Tahun 1990, adalah penyanyi yang menjuarai program “Superstar K” musim ke-7.