GLAM Weddings: Perkahwinan Farah Amira, Anak Dato Seri’ Azmin Ali - Glam Malaysia

GLAM Weddings: Perkahwinan Farah Amira, Anak Dato Seri’ Azmin Ali

Ikatan suci perkahwinan menyatukan dua hati, Farah Amira dan Wan Amir Hakim, dalam sulaman cinta yang mekar penuh bahagia.
Di lembayung perkahwinan, bermulanya jejak kehidupan disemat bersama. Pasangan Farah dan Hakim saling mencurah kasih sayang seperti pertemuan bulan dan bintang. Selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung dengan penuh kesyukuran. Sinar kasih kedua mempelai menyinari di wajah anaknda YB Dato Seri’ Azmin Ali di majlis nikah penuh berkat baru-baru ini. Majlis tersebut disaksikan oleh Ustaz Jamal Abdul Halim, Penolong Pendaftar Nikah Masjid Wilayah Persekutuan. Ibu bapa Farah Amira, Azmin dan Shida, turut meluahkan rasa syukur atas penyatuan pasangan ini dalam ikatan perkahwinan yang dirahmati Allah SWT. Manakala, Tuan Guru Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan khutbah nikah serta nasihat dan pedoman kepada kedua mempelai demi membina keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warrahmah, serta menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai inspirasi untuk mencapai kebahagiaan sejati, baitul jannati.

Bahtera Cinta Berlabuh, Perkahwinan Farah Amira dan Hakim Kekal Abadi

Pada Disember 1, majlis pernikahan dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak. Rombongan pengantin lelaki yang berasal dari Terengganu hadir memeriahkan acara. Keluarga mendoakan agar perkahwinan pasangan ini diberkati Allah SWT dan dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga. Momen indah yang diselubungi kebahagiaan terlihat terbit di mata seorang ayah yang menyampaikan hasrat dengan penuh rasa syukur.

See also
Isetan The Gardens Tampil Lebih Segar Dengan “The Table”

Acara resepsi berlangsung di Grand Ballroom Shangri-La Kuala Lumpur menyaksikan sebuah majlis yang sungguh anggun dan penuh pesona. Dihiasi dengan dekorasi yang memadukan unsur klasik dan moden, suasana menjadi lebih memukau dengan susunan bunga segar yang mencipta suasana romantik. Kehadiran tetamu-tetamu kenamaan, keluarga, dan sahabat handai menambah kemeriahan majlis, mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Pasangan tampil mempesona dalam busana rekaan hasil sentuhan Rizalman, solekan oleh Khir Khalid dan hijab styling hasil Didiyana Ehsan. Pelbagai elemen moden dan tradisional digabungkan untuk mencipta suasana yang mengagumkan di Majlis Walimaturus Farah Amira dan Hakim. 

Farah Amira Farah Amira

Farah AmiraCinta seindah taman, majlis perkahwinan Farah Amira dan Wan Amir Hakim bukan sahaja menyatukan dua hati, tetapi juga mengukuhkan ikatan kasih sayang yang abadi. Dengan restu keluarga dan doa dari mereka yang tersayang, perjalanan bahagia Farah dan Hakim bermula. Diharapkan kebahagiaan yang tercipta pada hari bersejarah ini akan terus mekar dan berpanjangan, membawa mereka menuju masa depan yang penuh berkah.

See also
Tip Penjagaan Kereta Dengan Servis Tanpa Sentuh

Artikel Berkaitan: GLAM JUNIOR: Intip Dekorasi Bilik Anak Intan Najuwa Yang Stylish