GLAM Profil: #SokongLokal - Glam Malaysia
GLAM Profil, #SokongLokal 01

GLAM Profil: #SokongLokal

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM memegang pena, mencoretkan isu Ogos lalu tanda sokongan kami buat produk lokal atau perusahaan kecil. Pembelian barangan buatan tempatan membuktikan rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan?

pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM gambar EDMUND LEE/ ONE3FOURSTUDIO

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, Hari Kebangsaan yang disambut oleh hampir 32 juta rakyat Malaysia tahun ini kekal seperti tahun lalu. Memenuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada Jun lepas; tanggal 31 Ogos rakyat Malaysia menyambutnya secara sederhana di rumah bagi membantu usaha kerajaan untuk menurunkan jumlah jangkitan baru saban hari. Memandangkan tempoh PKP 3.0 bersambung secara berterusan. Saya percaya ramai yang terkesan dengannya. Memetik laporan yang disiarkan di laman Berita Harian Online; lebih 90 peratus usahawan mikro, kecil, sederhana dan informal atau tidak berdaftar berisiko untuk menutup perniagaan sekiranya pelaksanaan PKP dilak- sanakan secara berterusan. “Menerusi kaji selidik yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang dilaksanakan pada Mac lalu; keadaan ini dikhuatiri akan menyumbang kehilangan pekerjaan kepada lebih tiga juta penduduk di Malaysia,” kata menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bersempena sambutan ambang Merdeka yang ke-64, GLAM memegang pena, mencoretkan isu Ogos tanda sokongan kami buat produk lokal atau perusahaan kecil. Kenapa kita perlu sokong produk tempatan? Pembelian barangan buatan Malaysia membuktikan rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Secara tidak langsung, menggambarkan usahawan-usahawan tempatan mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Di samping menurunkan jejak karbon, paling utamanya pengaliran keluar wang kita juga dapat dikurangkan dan ini mampu mengukuhkan kedudukan kewangan negara. Bahkan, lihat saja pada produk lokal seperti set pinggan mangkuk seramik citra BendangArtisan; mahupun himpunan ceraian pakaian label Petit Moi itu sendiri berkualiti lagi bertaraf dunia. GLAM menghubungi pengasas dua produk lokal yang cukup tersendiri ini. Sekali gus, membicarakan asal usul serta usaha mereka di dalam mempertahankan perniagaan masing-masing.

PETIT MOI

Saya memulakan perkenalan dengan menghantarkan mesej ringkas ke akaun Instagram Iman Kamarudin, merangkap pengasas bersama label Petit Moi bersama Farihin Azam dan Pamela Bong. Memandangkan kami tidak berpunya pilihan untuk menuruti pelaksanaan PKP dan bekerja dari rumah, kerjasama yang diberikan oleh ketiga-tiga wanita muda ini amat disanjungi. Manakan tidak, dari mesej di Instagram, beralih ke Whatsapp bersama Iman. Kemudian, Iman mempertemukan kami berempat di dalam grup Whatsapp. Bertujuan untuk membincangkan perencanaan penggambaran yang dilaksanakan dari rumah masing-masing.

See also
Sekitar Perkahwinan Serba Mewah Puteri Bill Gates, Jennifer Bersama Atlet Ekuestrian Muslim

Dari menata gaya dengan menyarungkan himpunan terbaru yang diproduksikan sempena Hari Raya Haji; ketiga-tiga pengasas bersama ini bersetuju untuk bersolek sendiri. Langsung, bersedia tepat pada waktunya bagi merakamkan visual yang terbaik dari lensa kamera iPhone sendiri dibantu ahli keluarga. Mereka serius lagi fokus sepanjang penggambaran yang hanya mengambil masa hampir dua jam. “Lahirnya Petit Moi adalah bila kami bertiga berpunya minat yang sama mengenai fesyen. Terdorong sama persahabatan yang akrab. Sebagai ibu, saya dan Farihin gemar menata gaya persalinan anak-anak kami. Kemudian, Pam sebagai teman rapat membimbing kami dengan kepakaran teknikal kerana ibunya sudah lama menguruskan pengeluaran pakaian,” cerita Iman, 34, membuka perkenalan bisnes mereka bertiga.

GLAM Profil, #SokongLokal 03

FARIHIN MEMBIASKAN SPIRIT JOIE DE VIVRE SEPERTI DIVISIKAN OLEH PETIT MOI

Petit Moi, yang bermaksud Little Me dalam bahasa Perancis dipengaruhi gaya fesyen serta jenama di Paris yang tampil lebih santai. “Asalnya kami bertiga mahu membuat pakaian kanak-kanak yang berkualiti dengan gaya yang timeless. Sambil, tidak memandang enteng mengenai keselesaan si kecil untuk bermain, menari dan berlari, misalnya. Ceraian baju kami senantiasa memancarkan joie de vivre yakni merupakan frasa Perancis; membawakan spirit kehidupan yang ceria. Seiring berjalannya waktu, kami berpendapat sudah tiba waktunya untuk mengembangkan idea buat memperlihatkan koleksi buat wanita dan lelaki dewasa. Juga kerana didorong permintaan dari pelanggan setia kami. Teguh memegang pada nilai asas jenama dengan menawarkan kualiti yang mewah, selesa lagi timeless, ceraian pakaian Petit Moi dibayangi memori serta kembara kehidupan terbaik anda. Pada saat ini, ekstensi produk kami diperluaskan yang merangkumi aksesori, alat tulis dan banyak lagi. Semuanya bersentuh nadi Petit Moi. Impian kami adalah untuk mengembangkan label terus melengkapi gaya hidup para pemuja Petit Moi,” terang Iman yang menggemari serta mengagumi budaya liburan Perancis.

Berbicara mengenai perusahaan kecil, saya bertanyakan ‘apakah cabaran yang harus dihadapi oleh usahawan wanita muda kala ini?’, Farihin Azam, 30, tampil memberi pendapatnya. “Keseimbangan antara kehidupan peribadi dan profesional, serta berpunya sistem sokongan yang memahami kita dan boleh membantu kita ketika berhadapan dengan masalah. Wanita menghadapi kesukaran paling besar dalam menjaga keseimbangan kehidupan kerja. Tidak terlepas dari tekanan masyarakat, kita semua juga berdepan dengan perjuangan dalaman kita sendiri. Bagi kami, kami sangat bertuah dan bersyukur kerana dianugerahkan sistem sokongan yang kuat dari keluarga dan teman-teman rapat yang juga berada di dalam industri ini,” kata Farihin yang menekuni jurusan Perniagaan Antarabangsa di Manchester Metropolitan University.

See also
Ukiran Mesej Istimewa Pada Cincin Pertunangan Jennifer Lopez
GLAM Profil, #SokongLokal 01

IMAN SI PENGISAH PERINCIAN KREATIF PETIT MOI

Tambahnya pula mengupas tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan kecil yang memproduksikan label pakaian lokal, Farihin menjawab. “Menggalakkan dan memberi dorongan kepada komuniti setempat. Di samping, menyuntik aspirasi buat wanita muda di luar sana dengan memberi kemahiran yang bakal membuka pintu kerjaya buat mereka. Kami mendapati bahawa perancangan kewangan adalah most common struggle untuk setiap perusahaan kecil. Perancangan kewangan dengan sumber yang terhad dan belanjawan boleh menjadi rumit untuk perniagaan kecil. Tambahan lagi, dalam waktu yang agak sukar ini, kebanyakan perniagaan terjejas kerana ekonomi yang tidak stabil memandangkan pelaksanaan PKP dilaksanakan secara berterusan. Kami juga terjejas, tetapi kami berterima kasih kepada komuniti yang kuat. Di mana, masih menyokong lantas mempercayakan pada kualiti produk kami. Demikian, kami berusaha menggunakan platform kami untuk membantu mereka yang terjejas,” tutur Farihin.

Mendalami ilmu perniagaan, saya mengajukan soalan sekiranya kita memerlukan kelengkapan atau sumber bagi memulakan perniagaan? “Untuk memulakan perniagaan, saya rasa anda perlu mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam dengan bidang yang ingin diusahakan. Jika tidak memilikinya, carilah sehingga anda dipertemukannya ia adalah vital untuk dipakai guna kelak. Selain daripada itu, mentaliti kita untuk terus berusaha, mempunyai semangat untuk bertahan serta memasang kepercayaan demi kejayaan. Tidak kiralah sewaktu ditimpa masalah kerana kegagalan itu sebenarnya adalah satu langkah awal bagi seseorang usahawan untuk berjaya dan berkembang maju,” terang Pamela Bong, 27.

Ingin mengubah stigma wanita dengan mendakap emosi dan keupayaan wanita untuk merasa jauh lebih mendalam sebagai kekuatan. Bukannya disifatkan sebagai kelemahan. Apa pula yang menjadikan sesebuah jenama itu unik dan bagaimana Pamela menggambarkan pendapat mengenai Petit Moi, usul saya. “Berpunya deskripsi produk atau penceritaan latar belakang produk yang menarik inilah yang menjadikan label kami unik. Petit Moi ibarat senaskah buku cerita, di mana ia mempersembahkan setiap koleksi dengan melayangkan bab yang baru. Sementara itu, dipenuhi dengan kejutan serta didampingi intipati yang memanfaatkan nilai kekeluargaan serta hubungan. Usaha Iman dalam mencipta DNA jenama yang unik kami sanjungi. Saya berpendapat Iman sebagai seorang individu, dia sangat natural dalam memegang peranan sebagai tukang cerita. She herself is a great story-teller.”

GLAM Profil, #SokongLokal 02

PAMELA MENGGAYAKAN TOP KATE TARTAN DAN SEPATU CITRA PETIT MOI

Mendasari isu kesihatan mental yang rata-rata kita sedikit sebanyak terkesan berkurung di rumah, adakah pengusaha atau pemilik perniagaan perlu bercakap mengenai kesihatan mental mereka? “Saya rasa semua orang harus membincangkan kesihatan mental mereka. Namun, buat para usahawan dan pemilik perniagaan atau sesiapa saja yang memerankan tanggung jawab yang besar di dalam sesebuah organisasi itu lebih penting. Dek kerana untuk memastikan semuanya lancar juga tiada pilihan untuk menjadi insan yang paling kuat untuk dijadikan rujukan buat pasukannya. Sudahnya, things being kept bottled in have a tendency to combust! Bila Iman terjerat dalam situasi itu; tidak sukar untuk pasukan saya mengetahui bila saya memerlukan pertolongan. Itu kelemahan yang perlu dibaiki. Saya masih belajar saban hari untuk bekerja sekaligus membentuk pasukan kerja yang efektif. Bagi menjaga kesihatan mental secara umumnya, adalah sangat penting untuk meluahkan sesuatu perkara yang terpendam dengan seorang yang Iman percayai. Iman juga berterima kasih kepada teman-teman di dalam industri ini. Di mana, kami semua dekat dan senang untuk berbicara bersama. Ini sangat membantu. Paling utamanya, mengutamakan rehat dan kesejahteraan. Namun, ia lebih senang untuk dikatakan daripada melakukannya. Terutamanya bila individu di dalam organisasi bergantung kepada anda. The best is to try and take it day by day, that’s what I do,” terang ibu kepada dua cahaya mata merangkap kakak ipar kepada Farihin.

See also
Inspirasi Di Sebalik Nama Anak Pertama Paris Hilton

“Secara peribadinya, ia sangat sukar kerana kadang-kala saya merasa tertekan tetapi saya berusaha untuk bersikap positif dalam segala hal dengan mengisi masa agar menjadi lebih sibuk. Bagaimana cara kami memotivasi diri supaya hidup lebih teratur dengan sempurna, sudah pastinya menerusi pelanggan kami. Bukan hanya melihat mereka menyarungkan pakaian, namun mereka juga menghargai menyayanginya sama seperti kami disini. It really lights up our day. Maklum balas positif dari komuniti kami benar-benar mendorong kami untuk menjadi lebih baik, saya boleh katakan bahawa mereka adalah jiwa jenama kami,” ulas Farihin yang menyifatkan gaya idealnya bernada minimalis disuntik sedikit sisi maskulin.

Tambah Pam pula, “Sekalipun masalah kesihatan mental sebenarnya tidak mempengaruhi saya secara peribadi setakat ini. Saya setuju bahawa ia adalah sesuatu yang perlu dibincangkan dalam dunia perniagaan. Many occasions in the business world, we were required to put on a face for the business, especially being an owner. Jadi ia jelas memelihara kesejahteraan mental, jika tidak diuruskan dengan betul dalam jangka masa panjang. Ia berupaya untuk mengikis kesihatan mental kita. Benar kadang-kala saya tidak tidur lena di malam hari, tetapi kini saya dapat menguruskan situasi lebih baik. Saat ini saya bersenaman dengan lebih kerap kerana ia membantu saya menghilangkan tekanan kerja.”