GLAM Profil: Shaleen Alena Cheah - Glam Malaysia
GLAM Profil, Shaleen Alena Cheah 01

GLAM Profil: Shaleen Alena Cheah

Tiada apa yang mampu menggalang Shaleen Cheah punya impian beragaman.

AIMING HIGH

Enggan lagi pandang belakang dan berlengah-lengah, Shaleen terus melabuhkan azam yakni menjadi pendahulu fesyen tanah air.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis ARDI IDEWANI arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan & dandanan CHOMEL

Tingkat pengalaman mengajarnya. Dia tidak mengekor di belakang orang lain. Sebaliknya tanpa menaruh rasa sangsi, Shaleen Alena Cheah berdikari. Lima tahun yang lalu, dia buang rasa terbata-bata. Dia berani mengambil risiko. Membulatkan tekad untuk mengasaskan sebuah empayar fesyen. Nama jenamanya? Nama senama – Shaleen Cheah. Mundar laju dari lima tahun yang lalu ke masa sekarang, tercungkil pilihan hidup dalam sanubarinya untuk menjadi pengasas dan pemilik jenama fesyen serta pereka fesyen sepenuh masa. “Never had a moment where I felt like quitting,” tegas Shaleen, yang kelihatan bersungguh-sungguh.

GLAM Profil, Shaleen Alena Cheah 02

Anggun dalam persalinan kreasinya sendiri, Shaleen mencerminkan wanita mewah ultra-moden disuntik gaya glamor.

Setelah ‘menyepi’ selama 16 tahun, Shaleen kembali meligatkan aksi. Dahulu bermukim di Dubai, kini dia di Malaysia. Bergelora semangatnya untuk mengetengahkan jenama Shaleen Cheah di persada fesyen lokal. Dia sudah menyampul impian untuk memahat nama ‘Shaleen Cheah’ di sini. Tempat lahirnya. “Atau kelak kemudian di persada antarabangsa? Saya tidak mahu menundakan harapan. Sekarang pun saya sudah mengembangkan jenama Shaleen Cheah di Dubai, masakan saya tidak mahu melanjutkan perjalanan jenama saya ke destinasi-destinasi antarabangsa lain,” jelas Shaleen.

See also
GLAM FASHION FUTURE - CABARAN INSTAGRAM

PENGASAS SHALEEN CHEAH

Tidak pernah rasa lesu. Apalagi merasa kesal. Shaleen melompat-lompat bidang kerja kerana dia berpendirian bahawa alangkah eloknya jika tidak memakukan umbi kaki pada satu tempat sahaja. “You can’t stay in one lane all the time. You are meant to explore!” Jelas Shaleen. Atas dasar itulah dia meninggalkan lapangan hiburan dan sukan – jika masih ingat Shaleen pernah berlakon, modelling dan dia juga adalah seorang atlet negara. Kemudiannya, dia ke dunia korporat yakni bidang kewangan. Selepas itu, barulah Shaleen ke lapangan fesyen. “Bagaimana saya boleh terfikir untuk ke lapangan fesyen? Kerana fesyen sudah lama menjadi sebahagian daripada hidup saya. Ibu saya seorang tukang jahit dan saya juga mahir dalam bab menjahit. Adakalanya, saya akan menjahit baju-baju saya sendiri. Kerana saya mahu mencipta sesuatu yang saya bisa pakai dan merasa bangga atas hasilan sendiri.”

GLAM Profil, Shaleen Alena Cheah 03

Sama ada harga pakaian di butik membumbung tinggi tak masuk dek akal mahupun kualiti tidak memuaskan, antara sebab Shaleen lebih senang untuk menjahit pakaiannya sendiri. Luah rasa suka dan ucapan tahniah daripada teman-teman yang berkecambah menjadi keberanian untuk membuka niaga. Sehinggalah mengasaskan jenama sendiri dan berjaya menghimpun klien-klein serta menerima tempahan.

SEORANG YANG SUKAKAN GLAMOR. TIDAK GENTAR UNTUK MENONJOLKAN DIRI DI KHAYALAK. SEORANG WANITA YANG PRAKTIKAL — SHALEEN CHEAH

Ketika jenama Shaleen Cheah masih hijau dan baharu mendaki banjaran fesyen, Shaleen umpama one woman show. Segalanya dia buat sendiri. Daripada proses mereka, ke pembuatan pola, ke menjahit sampailah terhasilnya pakaian. “Namun kini, saya sudah mempunyai pasukan kreatif sendiri. Walaupun masih dalam ‘skala’ kecil lagi, but we’re getting there,” kata Shaleen. Shaleen menjadi lebih serius apabila dia mula mengambil bahagian di Dubai Fashion Weekend untuk mempersembahkan koleksinya. Sokongan teman-teman, malah daripada orang-orang yang dia tidak kenal, menjentik kesedaran bahawa, “Inilah kehidupan saya yang sekarang. Seorang pereka fesyen.”

See also
Tonton 5 Filem Ini, Buat Rasa Ingin Pergi Bercuti Sekarang Juga!

Baca lanjut dalam GLAM Mac 2022

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Anne Rajasaikaran