GLAM Profil: Paulius Staniunas, The Amazing Guy! - Glam Malaysia
GLAM Profil, Paulius Staniunas, The Amazing Guy! 02

GLAM Profil: Paulius Staniunas, The Amazing Guy!

Fotografi memainkan peranan utama dalam budaya fesyen global. Demikian, memori kita mengenai lapangan fesyen terjalin menerusi paparannya di media cetak serta elektronik. Isu September, GLAM berbicara tentang estetika dan ekspresi visual kreasi Amani Azlin dan Paulius Staniunas.

pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM gambar AMANI AZLIN & PAULIUS STANIUNAS

Meskipun, lapangan fesyen membayangi dunia glamor nan memukau, perancangnya melibatkan pelbagai individu kreatif dalam mengusahakan sesuatu rencana. Keterbiasaannya, industri fesyen ini jarang sekali bergantung pada satu individu di dalam melunaskan ke semua aspek karya yang bakal terlaksana. Sekalipun, idea serta visi dilayangkan dari pengarah kreatif; inti patinya dijayakan satu pasukan. Sama seperti rumah fesyen yang memerlukan kakitangan bersandarkan kepakaran setiap yang mengusahakannya. Dunia penerbitan yang bersentuh nadi fesyen juga bergerak seiringan. Demikian, bagi menterjemahkan sesebuah karya seni visual itu, pasukan editorial bakal berkolaborasi bersama jurusolek dan pendandan rambut. Tambahan pula, peranan seorang jurugambar adalah krusial kerana dia dipertanggung- jawabkan untuk menterjemahkan visi pengarah kreatif.

GLAM Profil, Paulius Staniunas, The Amazing Guy! 03

Fotografi memainkan peranan utama dalam budaya fesyen global selama bertahun-tahun. Kehidupan seharian kita dipenuhi dengan visual yang bersentuh dunia fesyen; dari majalah, blog serta perkongsian foto artistik para individu kreatif di laman media sosial. Fotografi berselubung nada fesyen difokuskan untuk mewujudkan identiti yang bakal tersimpan kemas dalam memori. Demikian, visi kreatif, model, lokasi, props dan aspek lainnya bergerak seiringan. Tujuannya adalah untuk merakamkan satu karya yang unik bagi memikat setiap pandangan yang berlabuh kepadanya. Sebilangan besar individu mungkin mengaitkan fotografi dengan pertunjukan fesyen dan itu juga tidak salah sama sekali. Dari merakam momen di balik tirai belakang pentas, beralih pada keramaian serta parti fesyen; jurugambar juga berperan tanggungjawab untuk melestarikan kempen fesyen serta visual artistik yang menawan hasil mainan kreatifnya dengan cahaya. Terbitan isu September, GLAM menjulang estetika dan ekspresi visual kreasi Amani Azlin dan Paulius Staniunas di dalam menerajui lapangan fesyen lokal. Ayuh ikuti wawancara lanjut dari naskah isu September 2021!

See also
Karakter Jejaka Hollywood Yang Membuatkan Anda Percaya Dengan Cinta

PAULIUS STANIUNAS

Nama penuhnya, Paulius Staniunas merangkap pengasas studio fotografi kreatif, All Is Amazing. Pasti ada yang mengenali dengan pemuda asal Lithuania ini. Mula memotret kehidupan malam untuk projek “All is Amazing”, di mana Paul merakam potret pengunjung di kelab malam, konsert serta acara muzik. Kemudian, kelibatnya mula tampil memotretkan para tetamu di acara keramaian fesyen seperti minggu pementasan fesyen. Hampir kesemua acara fesyen yang direncanakan di ibu kota dikuasai Paul bersama pasukannya. Pemuda berusia 37 tahun ini juga sudah bekerja sama bersama GLAM bagi merakamkan portret para undangan buat parti fesyen tahunan anjuran GLAM serta GLAM Lelaki.

Apakah gear kamera yang anda gunakan pada masa lalu dan sekarang?

Kami menggunakan kamera DSLR dan mirrorless kamera. Dahulu kami senang mengendalikan kamera Canon dan tiga tahun yang lalu, beralih kepada Sony. Kamera Sony ialah peralatan utama kami saat ini kerana dasar kamera cerminnya jauh lebih baik dari yang lain. Namun, kami juga masih menggunakan kamera Canon; mengimbangi tugasan yang bersesuaian.

See also
“Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu

Bagaimana anda memilih subjek untuk dikerjakan?

Keterbiasaanya klien akan datang kepada kami dan meminta untuk mengambil gambar mengikut cara kehendak mereka. Itu yang bakal menentukan skill fotografi kami. Tetapi jika tidak punya komitmen bersama klien, saya akan bekerjasama dengan model di studio. Model juga memberi inspirasi dan membantu saya untuk mencapai visi kreatif yang tersendiri.

Karya fotografi anda yang manakah menjadi kegemaran?

Fotografi travel saya merupakan foto kegemaran saya kerana ia terjadi secara natural. Saya jatuh cinta dengan kecantikan pengembaraannya. Saya suka dengan persekitaran baru yang bakal dijelajahi juga orang sekelilingnya. Apabila saya merakam foto mereka dan melihat kembali foto tersebut, ia mengingati saya tentang setiap perinci kejadian yang telah berlalu. Ia selalu mengingatkan saya tentang kenangan terindah, mengingatkan saya tentang sesuatu yang telah saya pelajari semasa melancong dan berkesempatan untuk bertemu pelbagai individu.

GLAM Profil, Paulius Staniunas, The Amazing Guy! 01

Tiga perkara baharu yang dipelajari?

Bagi saya terdapat lebih daripada tiga perkara yang saya pelajari mengenai fotografi. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kami beralih ke fotografi studio dan ia jauh beza sekali dengan kemahiran yang kami ada sebelum ini. Kami belajar banyak mengenai menyelaraskan cahaya lampu, mengarahkan model, belajar mengenai moodboard, bekerja sebagai satu pasukan, bekerja sebagai pengarah seni kreatif dan bekerja dibawah tekanan. Paling utamanya, menterjemahkan visi  isi kandungan yang jelas kepada klien dan orang ramai. Ia amat mencabar dan saya amat menyukainya.

See also
Rimowa Dan Fotografi; Satu Tanda Buat Wanita

Big Break pertama anda?

Saya berjaya mengendalikan cahaya di studio dan memahami bagaimana fungsinya. Ia sangat menarik bagi saya kerana ia merupakan pengalaman yang baharu dan berbeza dengan apa yang lakukan sebelum ini. Jika merakam foto di acara, saya akan menggunakan formula fotografi yang biasa digunakan. Begitu juga  kepada studio fotografi. Setiap tempat memerlukan formula dan skill yang berbeza lalu anda bakal memotretkan foto yang lebih baik. 

Adakah seni halus penting dalam karier anda?

Seni halus sangat penting kerana ia merupakan sumber inspirasi kepada pelbagai jenis kreatif. Dan saya percaya saya akan mendapat banyak kerja di masa hadapan apabila pandemik ini berakhir. Ya, saya sedikit beralih kepada dunia fotografi fesyen. Saya meminati hasil kerja Bibo Aswan dan Chuan Looi, mereka merupakan nama besar di Malaysia dan saya berharap dapat mempelajari 10% daripada skill mereka.

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: #SokongLokal