GLAM Profil: Juita Jauhari - Glam Malaysia

GLAM Profil: Juita Jauhari

Mengusung pengalaman mewah pada harga berpatutan, ‘Kin Jewellery direncanakan oleh dua pemuja barang kemas, Athiya Hamid dan Zaireen Iskandar. Debut perkenalan pada April 2018, ‘Kin adalah jenama barang kemas berkonsepkan demi-fine yang menjulang elemen edgy, sofistikated, dan rasa eklektik.

Pengarah Kreatif: Nisa’ Halid Pengarang Fesyen: Johan Kasim Gambar: Edmund Lee/One3Four Studio Solekan & Dandanan: Ezad Ibrahim Teks: Zuhairie Sahrom Aksesori: ‘Kin Jewellery

Bagai irama dan lagu, aksesori perhiasan atau barangan kemas tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Dari menata rias wajah beralih menyarungkan persalinannya dan yang pasti; melengkapkan ceraian gaya peribadi dengan perhiasan diri. Perhiasan pasti serasi dengan jiwa seorang wanita. Aksesori perhiasan diri bukan saja menjadi pelengkap persalinan. Namun, bisa menyerlahkan aura si pemakainya. Memetik kata pereka legenda, mendiang Coco Chanel, “Costume jewellery is not made to give women an aura of wealth, but to make them beautiful.” Lebih-lebih lagi buat wanita yang mengutamakan penampilan mereka. Disamping itu, jejaka masa kini juga cenderung menggayakan aksesori perhiasan wanita seperti kalung mutiara. Pharrell Williams, A$AP Rocky dan Harry Styles, masing-masing tidak segan dilihat memperagakan; baik anting-anting mutiara mahupun kalung multi-layer mutiara Chanel.

Sebagai seorang penulis arloji dan jauhari, saya berpeluang menimba ilmu mengenai barang kemas mewah serta menemu bual pereka perhiasan para bintang dari London, Stephen Webster. Tidak lupa juga, diterbangkan khas bagi mengikuti acara jauhari eksklusif Boucheron, Bulgari dan Van Cleef & Arpels. Langsung, berkesempatan meneliti spektrum intan permata dan proses pertukangan barang kemas. Saya berbesar hati untuk duduk menemu ramah dua wanita merangkap pengasas bersama jenama barang kemas berkonsepkan Demi-Fine Jewellery. Secara tidak langsung, memeriahkan lapangan aksesori tempatan. ‘KIN Jewellery atau nama platform sosialnya Jewellery by Kin direncanakan oleh duo dinamik; Athiya Hamid, 33, dan Zaireen Iskandar, 40. Kedua wanita ini merupakan teman sekerja sewaktu mereka berdua memerankan peranan masing-masing di firma pengiklanan.

ZAIREEN ISKANDAR BERBAJU MSGM DAN ATHIYA HAMID DALAM BLAUS KATE SPADE NEW YORK. AKSESORI ‘KIN JEWELLERY

ZAIREEN ISKANDAR

See also
Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul

Bagi memahami perbezaan antara aksesori fesyen yang juga dikenali sebagai perhiasan kostum dan barang kemas mewah, tidaklah begitu kompleks. Umumnya ia bersentuh dengan material buatannya, dari segi kualiti logam serta perincian batu permatanya. Kemudian, barulah ia dapat ditentukan sama ada perhiasan itu tergolong dalam kategori aksesori fesyen atau kostum; mahupun barang kemas berperincian ketukangan halus buatan air tangan artisan. Untuk meneliti lebih lanjut mengenai kategori barang kemas demi-fine yang tersenarai di antara aksesori fesyen dan barang kemas mewah; saya memulakan perbualan bersama Zaireen Iskandar yang berdarah campuran Melayu-Scotland. “Demi-fine adalah himpunan barang kemas yang tergolong dalam ‘affordable luxury’. Senang kata, berpunya tag harga yang berpatutan dan ianya digarap dari material yang berkualiti tinggi. Barang kemas demi-fine kami merangkumi himpunan Perak 925 bersalut emas kuning Vermeil 14k atau 18k, Emas Merah Vermeil 18k dan Rhodium,” terang Zaireen.

kin jewellery

Terang Zaireen lebih lanjut, “Saya dan Athiya menekuni trend aksesori semasa kerana kala itu kami berdua sudah berhenti bekerja kerana mahu fokus menjadi ibu sepenuh masa. Saat itu, kami menemui kategori barang kemas demi- fine yang mana sedang hangat dibualkan di US dan UK pada tahun 2016. Pendek kata, kami berdua mencapai kata sepakat untuk merencanakan langkah, menceburi perniagaan aksesori dalam kategori ini. Demi-fine adalah kategori yang duduk di antara aksesori kostum seperti yang kita boleh dapati dari Lovisa, Zara atau dari Chanel yang juga menawarkan himpunan aksesori kostum. Akan tetapi harganya tidaklah semurah seperti aksesori kostum lain. Manakala, barang kemas mewah pula adalah garapan dari rumah jauhari seperti Boucheron, Cartier atau Piaget. Oleh yang demikian, barisan jenama demi-fine perlu menggunakan logam berharga seperti perak, emas dan rhodium yang dicelup dengan proses penyaduran yang tebal. Dalam hal ini, lapisan penyepuhan emas perlu mencapai atau lebih dari 2.5 mikron,” tutur anak kelahiran bumi Kenyalang ini.

See also
Kenali Sophie Kamaruddin, Pengulas Berita Bloomberg TV Malaysia

ATHIYA HAMID

Berbicara lebih lanjut mengenai maksud di sebalik jenama ini, saya mengusulkan pertanyaan kepada Athiya. “‘KIN membawa erti famili, saudara dan teman rapat. Kami berdua mengenali sewaktu bekerja bersama. Lalu, hubungan kami menjadi erat dan pertalian ini kini menjabat sebagai rakan kongsi. Dek kerana kami berdua adalah pemuja, pencinta barang kemas. Mesej di sebaliknya adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai aksesori demi-fine dan kami menjaga hubungan bersama pelanggan seperti sahabat. Buat masa ini hanya kami berdua merencanakan perniagaan secara sepenuhnya. Koleksi debut kami adalah anting- anting bergaya hoop yang kini menjadi kegemaran ramai dan juga staple piece of ‘KIN. Ia termasuk hoop dalam pelbagai saiz, reka bentuk dan material pembuatannya. Kesemua anting-anting kami sangat ringan, lagi versatil dalam apa jua persalinan dan dijamin bertahan selama bertahun-tahun dengan cara penjagaan yang betul,” tutur Athiya yang sedang hamil anak ketiga.

kin jewellery

“Tambahan terbaru dalam famili ‘KIN adalah rantai dan loket charms. Serangkaian loket ini bertatahkan batu permata natural seperti topaz putih dan batu oniks. Sempurna dipadankan bersama rantai Rolo yang bergaya bold dan disyorkan untuk menggayakannya secara berlapis-lapis. Buat masa ini, kami sedang mengusahakan barisan cincin dan aneka gelang tangan untuk lelaki dan wanita. Koleksi kami diperkenalkan secara berperingkat dan perlahan kerana kami tidak mahu mempertontonkan terlalu banyak item dalam satu masa. Kami sedang mencuba untuk menyuntik rona ke dalam koleksi kami. Begitu juga, meneliti material baru. Selain itu, kami ingin bekerjasama dengan lebih ramai orang lalu melaksanakan lebih banyak kolaborasi,” terang graduan jurusan telekomunikasi dan perniagaan ini.

See also
"Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh saya jadikan rujukan. ‘Who do I refer to?’”- Yuna dalam Coach Conversations

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM Mac 2021

Baca Lanjut: Tengku Syahmi: The Second Act