GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022 - Glam Malaysia
GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022

GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022

Bertemakan Pink Impact, tetamu yang menghadiri malam gala Most GLAM 2022 hadir dalam persalinan mewah tampil berkuasa dalam paduan gaya yang tersediri.

Ini adalah kali pertama majlis gala tahunan, Most GLAM 2022, diadakan selepas dunia dilanda pandemik. Jadi, sudah tentu, perhimpunan libur ini menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu terutama sekali pengikut setia majalah ini semenjak tahun 2018.

Istimewa malam gala ini pada pandangan Pengarah Kreatif GLAM, Aizat Aidid, adalah di mana, kami tidak sekadar mengiktiraf wanita-wanita glamor berpaksikan fesyen dan kecantikan, malah kami juga mengambil peluang ini untuk mengiktiraf wanita yang punya suara serta menjadi ketua dalam perjuangan tersendiri langsung memberi impak positif pada komuniti GLAM hari ini. 

Maka dengan itu, GLAM sebulat suara memilih 5 wanita hebat iaitu Marion Caunter, Ally Mukhriz, Natalie Prabha, Nabila Huda juga Sherry Al-Hadad sebagai wanita MOST GLAM 2022. Majlis yang dikuasakan oleh Tiffany & Co., Volvo Car Malaysia, The St. Regis Kuala Lumpur juga Jo Malone London, dimulakan dengan salam pembukaan daripada pengacara, Sazzy Falak, kemudian di ikuti ucapan istimewa daripada Aizat Aidid. Sebagai Pengarah Kreatif GLAM menekankan sekembalinya daripada pandemik, GLAM kembali bernafas baharu, “New style, new elegance and new meaning. GLAM has found a new voice, our voice.”

See also
Kolaborasi ‘Omtanke’ Volvo Car Malaysia: Untuk Komuniti dan Bumi

Most GLAM 2022

Istimewa pada malam gala ini, pendekatan lain daripada yang lain dipilih kami untuk meraikan wanita-wanita ini. Jika sebelum ini, acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Editor majalah sendiri, untuk kali ini, GLAM memanggil teman baik kepada setiap kelima-lima wanita yang dirai ini untuk menyampaikan hadiah serta serba sedikit ucapan. 

Pelakon, Siti Saleha, menjadi pembuka kepada acara pengiktirafan lima wanita ini, di mana dia hadir menyampaikan ucapan buat teman baiknya, Sherry Al-Hadad. Kemudian diikuti, pereka fesyen tersohor, Alia Bastamam, yang turut dijemput ke atas pentas untuk mempersembahkan hadiah buat Natalie Prabha. Menyampaikan ucapan menyentuh perasaan tetamu yang hadir, Alia berkongsi perjalanan perkenalannya dengan wanita ini.

Lebih istimewa, paparan video ucapan daripada Melia Serena Mukhriz, adik kepada salah seorang wanita Most GLAM yang dirai, Meera Alyanna atau lebih dikenali sebagai Ally Mukhriz, mengejutkan seluruh dewan termasuklah wanita itu sendiri. Serena yang kini. Sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara sempat meluangkan masa untuk merakam ucapan buat kakaknya itu. 

See also
"Blue Is The Color Of Love" Koleksi Tiffany & Co. Berkolaborasi Curtis Kulig

Majlis dilanjutkan dengan ucapan istimewa daripada teman baik Marion Caunter, iaitu Awal Ashaari, yang turut mengingatkan kita kembali kepada memori kedua-dua rakan baik ini sewaktu permulaan perjalanan kerjaya mereka suatu ketika dahulu. Akhir sekali, paparan ucapan khas daripada Nabila Huda, ditayangkan buat tetamu yang hadir, yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam gala ini.

Malam turut diperindahkan dengan persembahan hebat dua wanita penuh berkuasa di dalam industri muzik hari ini iaitu Misha Omar juga Marsha Milan. Lunak merdu suara mereka menghiasi dewan berprestij St. Regis Kuala Lumpur. Para tetamu seperti Hael Husaini dan teman selebriti yang lain kelihatan cukup terhibur menikmati setiap persembahan mereka ini. 

Antara tetamu yang kelihatan hadir adalah seperti Yang Mulia Che Puan Sarimah binti Ibrahim dan suami Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, Dato’ Seri Farah Khan, Yang Berbahagia Che’ Puan Syamim binti Mohd Farid, Nazreem Musa, Scha Alyahya, Fazura serta ramai lagi. 

See also
Melancong Ketika Pandemik? 7 Tip Pakar Untuk Kekal Sihat Dan Selamat

Para Tetamu Yang Hadir

1 of 26
Use your ← → (arrow) keys to browse

Farah Ann