GLAM Kongsi Ucapan Selebriti Malaysia Sempena Hari Bapa
hari bapa

GLAM Kongsi Ucapan Selebriti Malaysia Sempena Hari Bapa

Bersempena Hari Bapa yang bakal tiba, GLAM kongsikan makna dan ucapan bagi selebriti tempatan sempena hari istimewa ini. 

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Hari Bapa yang bakal menjelang pada 16 Jun ini merupakan suatu sambutan di mana lelaki yang bergelar bapa, papa, abah, daddy dan sebagainya diberikan penghormatan dan peringatan terhadap mereka yang telah berbakti demi kebahagian keluarga dan anak-anak.

Bapa merupakan insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Jasa bakti mereka yang telah membesarkan anak-anak amatlah bernilai. Mereka adalah figura yang menjadi teladan yang dihormati dan dicontoh.

GLAM Kongsi Ucapan Selebriti Malaysia Sempena Hari Bapa

Hubungan yang kuat antara seorang anak dan bapanya memainkan peranan krusial dalam membentuk identiti, nilai-nilai, dan kesejahteraan emosional setiap anak. Mari kita lihat makna dan ucapan Hari Bapa bagi selebriti tempatan.

1. Daiyan Trisha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Seorang bapa ditakdirkan untuk menjadi wira pertama setiap anak perempuan. Tindakan mereka adalah kuasa besar kerana mereka adalah contoh kewujudan lelaki yang pertama di mata gadis kecil. Saya sangat bertuah kerana hero saya, Papa, telah menunjukkan kepada saya bagaimana rasanya membesar dengan seorang lelaki yang berhati lembut, penyabar dan lemah lembut dalam rumah tangga. Papa juga yang mendorong saya dan adik-beradik untuk mendalami muzik, yang memberikan saya kuasa besar. Bapa adalah wira dunia tanpa jubah, Selamat Hari Bapa!

See also
GLAM OOTD: Daiyan, Scha, Shalma And More!

2. Alicia Amin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Hari bapa merupakan sambutan buat hero pertama dalam hidup saya. As a daddy’s girl, bapa saya banyak mengajar perkara dalam kehidupan dan saya meletakkan kedudukan insan yang istimewa ini di tempat yang tinggi!

3. Aisha Retno

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Ia merupakan bentuk penghargaan sebagai seorang anak kepada bapa yang sudah membesarkan kita. Bapa ialah ibarat permata bagi saya kerana tanpa ayah, siapalah kita.

4. Hariz Hamdan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariz Hamdan (@harizhamdann)

Hari Bapa bagi saya ialah sambutan untuk ketua dan pengikat keluarga. Sebagai seorang anak lelaki mahupun anak perempuan, bapa merupakan hero yang perlu kita hargai dengan setiap penat lelah, titik peluh membesarkan anak-anak dan setiap pengorbanan yang tiada bandingan.