GLAM JUNIOR: Intip Dekorasi Bilik Anak Intan Najuwa Yang Stylish
Intan Najuwa meriasi bilik bayi yang istimewa dengan sentuhan toile de Jouy, mencipta suasana tenang dan mewah untuk puteri kecilnya.
Tema classy untuk si manja! Intan Najuwa baru-baru ini berkongsi dekorasi bilik bayi perempuannya dengan konsep mewah yang diilhamkan oleh gaya toile de Jouy. Reka bentuk ini menggabungkan palet warna lembut dengan elemen klasik, termasuk hiasan dinding bermotif dan perabot yang elegan. Dalam video TikTok yang dimuat naiknya, Intan menunjukkan perincian seperti langsir, katil bayi, dan aksesori dekoratif yang menonjolkan suasana ala Paris yang cukup serasi dengan gaya hidupnya.
Intan Najuwa Dalam Fasa Mum Girl Era
Mommy Intan shopoing di butik yang terletak di Rue Hautefeuille, pinggir bandar Paris. Ateliar Choux sungguh terkenal dengan barangan bayi yang terkenal dengan koleksi hadiah bayi dan hiasan bilik tidur kanak-kanak yang berunsurkan keanggunan dan kehalusan seni Perancis termasuk pakaian, cadar, dan aksesori bayi dengan rekaan cetakan yang ceria dan menarik, seperti haiwan, belon udara panas, dan pemandangan ikonik Paris.
A fairy tale of a little girl. Bermulanya perjalanan seorang ibu buat anak sulungnya dijulung kasih sepenuh hati. Dari perabot elegan hingga aksesori manis, setiap inci bilik ini mencipta kehangatan dan kasih sayang. Gaya toile de Jouy yang klasik dan manis ini pastinya memberi sentuhan istimewa untuk bilik bayi, menjadikannya tempat yang penuh dengan keindahan dan ketenangan.
Kehadiran si kecil ini pastinya akan membawa kegembiraan yang luar biasa, menandakan permulaan perjalanan indah dalam kehidupan mereka sebagai ibu bapa. Perkahwinan yang penuh berkat ini semakin lengkap dengan kehadiran seorang puteri yang dinantikan oleh pasangan ini. It’s every girls dream! Dekorasi tema paris ini dihias mengikut pilihan Intan sendiri dari jenis fabrik deko dan cadar untuk menpati konsep yang diidamkan. Dilengkapi rocking horse sebagai mainan dan deko hiasan termasuk wallpaper, baby cot dan wardrobe yang serba matching. Kebanyakan barangan keperluan bayi yang dibeli oleh Intan adalah dari Paris, Sepanyol dan London.
Bentangan cinta sejati ibu mengungkap kata cinta terhadap anak pertamanya yang tidak lama lagi akan hadir di hidup mereka. Datin Intan Najuwa yang sudah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Asraf Azman sejak Ogos 2023. Terdengar keriangan mengisi udara buat kedua pasangan ini. Dengan penuh kasih sayang dan harapan, kedua Intan dan suami ini menjalani kehidupan bersama penuh kasih dan romantis.
Artikel Berkaitan: Berlian Kosmos: Koleksi Estrella yang Bakal Buat Anda Terpukau
@intannajuwaaa A fairy tale of a little girl 🎀💕
@intannajuwaaa Boleh gila shopping barang baby 😭 sume comei2