GLAM Junior: Imane Lunara Cahaya Mata Sulung Intan Najuwa - Glam Malaysia

GLAM Junior: Imane Lunara Cahaya Mata Sulung Intan Najuwa

Tatapan kali pertama penuh cinta saat menyambut anakanda, Imane Lunara puteri Datin Intan Najuwa dan Datuk Azraf selamat dilahirkan. 

Betapa indahnya momen apabila akhirnya dapat mendakap dalam pelukan hangat seorang ibu menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya. Setiap detik berlalu, dihitung penuh sabar menanti saat bertemu si kecil tersayang. Masa yang ditunggu-tunggukan kini telah tiba. Keindahan tidak terungkap, saat mereka menimang cahaya mata yang telah lama dinanti. Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah Intan Najuwa dan suaminya, yang kini diberi anugerah terindah sebagai ibu dan bapa. Persiapan yang cukup sempurna buat anak sulungnya dengan setiap perkara kecil yang telah di sediakan untuk si manja, Imane Lunara.

It’s a Girl! Tahniah Datin Intan Najuwa dan Datuk Azraf

Intan Najuwa

“Welcome to the world, our precious babygirl.”

Intan Najuwa

Diberi nama Imane Lunara, saling meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri sulungnya yang Intan berkongsi foto selepas bersalin bersama bayinya, yang wajahnya ditutup dengan emoji hati berwarna merah jambu. “What’s in my hospital bag: Baby Edition”  Intan turut mempersiapkan sebuah bagasi yang penuh dengan keperluan khas dan barangan kegemaran dari tartine.et.chocolat serta termasuk patung Jelly Cat untuk Imane Lunara. Betapa untungnya si kecil yang sudah dilimpahi semua kasih sayang, perhatian, dan cinta tidak berbelah bahagi daripada kedua ibu bapanya sejak hari pertama kehadirannya di dunia.

See also
Lagu Demo Whitney Houston Ketika Remaja Dijual Pada Harga RM4.2 Juta

Khabar gembira ini dimaklumkan menerusi Instagram miliknya. Perkongsian tersebut segera mencuri perhatian peminat, termasuk para rakan selebriti seperti Wany Hasrita, Idris Khan, Mira Filzah, dan Fatin Afeefa.

  

Intan Najuwa

Intan Najuwa

Terdahulu, Intan mendedahkan dirinya hamil anak pertama selepas hampir setahun melayari bahtera perkahwinan bersama Datuk Ahmad Asraf Azman. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Ogos tahun lalu, dan kini sudah tiba kehadiran cahaya mata sulung mereka dengan penuh debaran dan rasa syukur. Pada 1 Disember, Intan turut meraikan hari lahir suaminya yang ke-39 dengan ucapan penuh kasih sayang:

“Guess what? Tak lama lagi awak akan bergelar seorang ayah! Kita benar-benar menghitung hari untuk momen itu. Saya tahu awak akan menjadi ayah yang terbaik buat anak kita. Terima kasih kerana sentiasa menjaga saya, lebih-lebih lagi dalam fasa istimewa ini. Hati awak yang begitu indah, sentiasa berdiri teguh di sisi saya, menjadi kekuatan dan pelindung saya. Dan saya yakin, awak akan menjadi pelindung yang sama hebat untuk keluarga kecil kita nanti.” “Saya doakan segala kebahagiaan dunia buat awak. Sebagai isteri awak, saya akan sentiasa ada, di saat indah mahupun saat sukar. Awak adalah dunia saya, dan kini, dunia kita bertambah indah dengan kehadiran si kecil yang bakal lahir.” kata Intan dia caption Instagramnya. 

Semoga Mommy Intan dan si comel tersayang sentiasa dilimpahi kesihatan, ketenangan, dan kegembiraan sepanjang tempoh berpantang ini. Setiap detik indah bersama si manja adalah anugerah paling berharga yang membawa makna baharu dalam kehidupan. Tahniah Intan dan Datuk Azraf, semoga kekal menjadi pasangan yang dikasihi bersama puteri baru mekera.

See also
GLAM JUNIOR: Intip Dekorasi Bilik Anak Intan Najuwa Yang Stylish