GLAM Exposé: A Day In The Life Of A Wealthy People…
Orang kaya raya yang tidur atas duit, yang mampu beli apa sahaja sebenarnya rasa bahagia atau keseronokan mereka itu sekejap sahaja hinggap di hati. Sekejap saja barang yang dibeli baru beberapa bulan itu sudah jelak dilihatnya dan perlukan ganti untuk menggembirakan hati. Saya percaya orang seperti saya dan ramai lagi yang lainnya kalau dapat sesuatu barang berharga tentulah saya akan senyum hingga telinga, dan amat menghargainya sampai bila-bila. Ada saya terfikir, bagaimana rasanya jadi orang yang berduit ini, dan perasaan ingin tahu saya terjawab apabila saya mendapat bos yang memang ada ada orangnya. Urut dada jugalah melihat bekas bos saya ini berbelanja. Masuk di butik hanya tunjuk tas mana yang dia mahu, “Saya mahu itu, itu, itu dan ini,” pekerja butik bagaikan sembah ratu pada bekas bos saya ini, dituruti sahaja fiil bos saya. Yang pelik satu tas berharga puluhan ribu ringgit tetapi sedikit pun dia tidak membelek. Hanya sekadar tunjuk dan bayar. Yang jinjit paper bag shopping pembantu rumahnya.