Sesi Manicure GBC Love Wellness di POSH Nail Spa Bukit Tunku

GBC Love Wellness: Sesi Manicure di POSH Nail Spa

GBC Love Wellness kembali minggu lalu dengan acara eksklusif yang berlangsung di POSH Nail Spa, Bukit Tunku. Dihadiri oleh ahli GBC, sesi kali ini dirancang untuk memberi ruang kepada ahli menikmati pengalaman santai sambil meraikan keindahan self-care menerusi sesi manicure.

Berbeza daripada siri sebelum ini, acara kali ini berfokus kepada sesi manicure yang menggabungkan rawatan ringkas, perkongsian tip kecantikan dan aktiviti praktikal. Selain mencantikkan kuku, peserta juga berpeluang belajar teknik mudah yang boleh diamalkan sendiri di rumah.

Tidak ketinggalan, acara turut diserikan dengan door gift premium serta sajian makanan dan minuman yang ditaja khas. Gabungan aktiviti, hadiah dan suasana mesra menjadikan acara ini satu lagi kenangan bermakna dalam siri Love Wellness.

Aktiviti menarik sepanjang sesi manicure

Acara dimulakan dengan mini pampering bersama Dove yang memberi sentuhan lembut dan menyegarkan kulit tangan. Seterusnya, peserta berpeluang mempelajari teknik press-on nails melalui bengkel ringkas yang dikendalikan oleh pakar, lengkap dengan tip agar hasilnya kekal kemas dan tahan lama. Aktiviti terakhir, DIY manicureBuff to Shine”, memberi pengalaman praktikal kepada ahli untuk mencuba sendiri teknik asas membentuk serta mengilatkan kuku supaya tampak lebih rapi.

See also
5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri

Door gift eksklusif untuk sesi manicure santai

sesi manicure bersama GBC Love Wellness

Acara ini juga dimeriahkan dengan pemberian door gift eksklusif yang menjadi tarikan utama. Setiap tetamu membawa pulang beg hadiah berisi produk daripada Paloma, Philosophy Malaysia, Chloe Parfums, Clarins serta produk terapeutik Tanamera. Paling istimewa, ahli turut menerima tumbler edisi khas GBC X Montigo yang direka khusus sebagai kenangan acara ini.

sesi manicure bersama GBC Love Wellness

Hidangan & suasana santai

Bagi melengkapkan pengalaman, makanan dan minuman turut disediakan hasil tajaan Fennel & Co. Hidangan ringan yang disajikan memberi sentuhan sempurna untuk acara petang itu, sambil ahli GBC beramah mesra dalam suasana santai. Secara keseluruhan, sesi manicure GBC Love Wellness di POSH Nail Spa Bukit Tunku berjaya menggabungkan elemen kecantikan, pembelajaran praktikal dan kebersamaan komuniti. Ia bukan sekadar tentang rawatan kuku, tetapi juga tentang menghargai masa untuk diri sendiri serta merapatkan hubungan sesama ahli.

 

Jom Sertai GBC Love Wellness!

Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!

 

Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Pilihan Warna Kuku Boleh Dedah Emosi Anda

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.