Playlist Lagu Santai Untuk Tenangkan Jiwa & Rehatkan Minda
playlist lagu santai yang menenangkan jiwa dan minda

GBC Love Wellness: Playlist Lagu Untuk Jiwa Yang Ingin Rehat

Kadang kala, satu-satunya perkara yang kita perlukan untuk bertenang adalah playlist lagu yang kena dengan emosi. Bila badan penat dan fikiran serabut, muzik boleh jadi tempat berlindung yang mudah, jujur dan tidak menghakimi. Tanpa perlu bercakap banyak, ia faham apa yang kita rasa dan hadir tepat pada waktunya.

GBC percaya bahawa ketenangan boleh datang dari perkara kecil yang kita pilih untuk jaga diri sendiri. Jadi kami susun satu playlist lagu khas bukan sekadar lagu biasa, tetapi alunan yang mampu bantu anda tarik nafas lebih perlahan, tundukkan tekanan, dan rasai semula ruang dalam diri yang mungkin dah lama tidak dibuka.

Lagu-lagu yang dipilih dalam senarai ini bukan sekadar sedap di telinga. Ada yang terasa seperti pelukan sunyi, ada yang buat kita termenung dengan tenang, dan ada juga yang bawa kita ke tempat yang lebih damai walaupun tubuh masih di tengah kesibukan dunia nyata.

Bila muzik jadi terapi

Bukan mitos, playlist lagu jenis yang perlahan dan tenang memang boleh bantu stabilkan degupan jantung, kurangkan rasa cemas, malah bantu kita tidur lebih lena. Kadang-kadang, cukup dengan satu melodi, kita sudah boleh merasa dunia ini kurang menyesakkan.

See also
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian

Playlist lagu santai pilihan GBC Love Wellness

1. “Weightless” – Marconi Union

Lagu ini bukan sekadar irama tenang, malah ia direka secara saintifik untuk memperlahankan degupan jantung, menurunkan tekanan darah dan membawa pendengar ke keadaan hampir meditasi. Tiada lirik, tiada perubahan tempo yang drastik. Hanya alunan bunyi yang mengalir perlahan, seakan membalut fikiran dan menidurkan keresahan dalam diam. Sesuai didengarkan semasa waktu paling sibuk dalam kepala.

2. “Holocene” – Bon Iver

Bila Justin Vernon menyanyi, ada sesuatu dalam suaranya yang terasa rapuh tetapi jujur. “Holocene” adalah sebuah lagu di dalam playlist lagu santai ini yang mana tentang rasa kecil dalam dunia yang besar, namun pada masa yang sama, menyedari bahawa kita tetap berharga. Gitar akustik yang tenang dan vokal mendayu menjadikan lagu ini pilihan terbaik untuk sesi refleksi diri pada malam yang terasa sepi.

3. “River Flows in You” – Yiruma

Komposisi piano yang begitu ringkas, tetapi menyentuh ke dasar hati. Tiada kata-kata, namun emosi yang dibawa terasa nyata. Setiap nota ibarat titisan air yang menenangkan, sesuai untuk saat-saat yang memerlukan ketenangan mendalam sama ada ketika bersendirian atau ketika perlu melepaskan sesuatu yang lama dipendam.

See also
GBC Love Wellness: 5 Destinasi Percutian Wellness Mewah di Malaysia

4. “Night Owl” – Galimatias

Salah satu muzik gabungan elektronik lembut dan nada dreamy di dalam playlist lagu ini menjadikannya seolah membawa pendengar masuk ke dalam mimpi. Ia tidak tergesa-gesa, tidak terlalu suram, tetapi cukup untuk membawa rasa melayang dari realiti buat seketika. Sesuai didengarkan ketika waktu malam sunyi.

5. “Sunset Lover” – Petit Biscuit

Melodinya penuh nostalgia, membangkitkan rasa rindu pada sesuatu yang pernah indah. Dengan sentuhan chillwave dan irama berlapis yang halus, “Sunset Lover” mengajak kita untuk berhenti sejenak dan menghargai detik yang berlalu.

Cara nikmati playlist lagu ini

Cari waktu yang sunyi awal pagi sebelum dunia bangun, atau malam ketika semua sedang dilamun mimpi. Pasangkan headphone, baring atau duduk senyaman mungkin. Tutup mata, tarik nafas, dan biarkan lagu-lagu ini mendakap anda perlahan-lahan. Jangan cuba kawal perasaan. Biarkan muzik bawa anda ke mana ia mahu.

Kita selalu sibuk menjaga semua perkara, kecuali diri sendiri. Tapi ketenangan bukan sesuatu yang datang dengan sendirinya. Ia perlu dicari, dibina, dan dijaga. Playlist lagu ini hanyalah permulaan kecil, ruang untuk anda kembali kepada diri, walau sekejap. Dan kadang-kadang, sekejap itulah yang paling bermakna.

See also
GBC Love Wellness: Sound Bath Bantu Kesihatan Fizikal & Emosi

Jom Sertai GBC Love Wellness!

Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!

Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 5 Selebriti Wellness Fitness Instructor Pilihan GLAM

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.