GBC Love Wellness: Manfaat Mandi Ais & Sauna Yang Perlu Anda Tahu
Dalam hiruk-pikuk hidup seharian, tubuh dan minda sering menjadi mangsa kepada keletihan yang berpanjangan. Tidak hairanlah semakin ramai yang mencari cara baharu untuk “berhenti sejenak” dan merawat diri. Salah satu kaedah yang kini mula menjadi pilihan ialah mandi ais serta sauna, dua amalan yang mungkin kelihatan bertentangan, tetapi sebenarnya saling melengkapi.
Kebanyakkan negara, amalan mandi ais dan sauna sudah lama dianggap sebagai ritual kesihatan. Ada yang mengamalkannya selepas bersukan, ada juga yang menjadikannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian. Kini, trend itu mula menapak di Malaysia, seiring dengan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kesejahteraan diri secara menyeluruh, bukan sekadar bergantung pada rawatan moden semata.
Menariknya, pengalaman ini bukan hanya memberi kesegaran fizikal, malah turut membantu kestabilan emosi. Mandi ais memberi kejutan sejuk yang menyegarkan, manakala sauna menghadirkan haba yang menenangkan. Perpaduan dua dunia berbeza ini menjadi tarikan utama bagi mereka yang ingin merawat tubuh secara holistik, di samping melatih daya tahan mental.
Kebaikan mandi ais

Kredit foto: Getty Images
Apabila tubuh direndam dalam suhu sejuk, banyak perubahan berlaku. Antara manfaat yang sering dirasai ialah:
-
Pemulihan otot lebih cepat selepas aktiviti fizikal.
-
Peredaran darah lebih lancar, sekaligus mengurangkan keradangan.
-
Peningkatan mood, hasil daripada pengeluaran endorfin semula jadi.
-
Latihan mental, kerana pengalaman ini menuntut fokus dan ketahanan diri.
Bagi mereka yang gemar mencabar diri, mandi ais juga dianggap sebagai latihan disiplin. Ia bukan sekadar tentang menahan rasa sejuk, tetapi bagaimana seseorang itu mampu bertenang dalam keadaan yang tidak selesa.
Sauna dan manfaatnya

Kredit foto: Getty Images
Jika mandi ais memberi kejutan menyegarkan, sauna pula seolah-olah memberi pelukan hangat pada tubuh. Haba yang meresap perlahan ke dalam otot memberi rasa lega yang sukar digambarkan. Antara kebaikannya termasuk:
-
Merehatkan otot yang tegang dan mengurangkan rasa lenguh.
-
Membuang toksin melalui peluh yang keluar dengan banyak.
-
Menenangkan sistem saraf, menjadikan tidur lebih nyenyak.
-
Menyokong kesihatan jantung, kerana haba membuatkan kadar denyutan meningkat secara sihat.
Bagi ramai orang, sauna bukan sahaja tentang kesihatan fizikal, tetapi juga ruang untuk berehat seketika, jauh daripada gangguan luar.
Gabungan dua dunia: Mandi ais dan sauna

Kredit foto: Getty Images
Apabila digabungkan, mandi ais dan sauna memberikan kitaran yang menarik, dingin yang menyegarkan tubuh, disusuli hangat yang menenangkan jiwa. Peralihan ekstrem ini menghasilkan keseimbangan yang bukan sahaja baik untuk fizikal, tetapi juga untuk minda yang sentiasa dibebani rutin moden.
Lebih daripada sekadar trend kesihatan, gabungan dua amalan ini boleh dilihat sebagai cara untuk menghargai tubuh sendiri. Ritual kecil, tetapi impaknya cukup besar, membantu kita bergerak lebih cergas, bernafas lebih tenang, dan hidup dengan lebih seimbang.

Kredit foto: Getty Images
Pengalaman Menyeluruh di GBC Love Wellness
Kini, mandi ais dan sauna tidak lagi sekadar ritual peribadi. Ia boleh dialami dalam suasana komuniti yang menyeronokkan, seperti yang bakal diperkenalkan melalui acara GBC Love Wellness di Rise & Plunge. Lebih daripada sekadar aktiviti fizikal, ia adalah ruang untuk mengenali tubuh, melatih minda, dan menikmati keseimbangan hidup yang sebenar.
Gabungan sejuk dan hangat ini membuktikan bahawa kadangkala kebaikan besar datang daripada pengalaman kecil memberi kita peluang untuk kembali segar, bertenaga, dan tenang dalam menghadapi dunia moden yang penuh cabaran.
Sertai GLAM Beauty Club
Untuk anda yang mahu lebih dekat dengan dunia kecantikan, kesihatan dan gaya hidup eksklusif, jangan lepaskan peluang menyertai GLAM Beauty Club. Dengan keahlian ini, anda bakal mendapat terus akses cantik, berpeluang untuk menghadiri acara eksklusif serta menerima pelbagai hadiah istimewa yang dirangka khusus buat komuniti GLAM.
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Aqua Fitness Workouts Bakar Kalori Cara Fun!
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

