10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!
10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!

10 Gaya Wedding of The Year Sepanjang Tahun 2000 Hingga Kini!

Perkahwinan kenamaan akan senantiasa menjadi bualan hangat khalayak umum malah majlis besar-besaran sebegini layak digelar sebagai Wedding Of The Year!

Perkahwinan antara individu ternama seringkali menjadi contoh gaya hidup dan fesyen dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Gaun pengantin yang dipakai, hiasan dan tema majlis, serta pilihan barangan mewah yang digunakan sering menjadi aspirasi ikutan peminat dan pengikut mereka. Mari lihat 10 gaya Wedding of The Year sepanjang tahun 2000 hingga kini yang menjadi bualan ramai dan tidak mudah dilupakan ini. 

 

#1 Priyanka Chopra dan Nick Jonas  

Pasangan ideal Priyanka Chopra dan Nick Jonas melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 di Istana Umaid Bhawan di Jodhpur, India. Perkahwinan mereka yang dihadiri oleh 225 tetamu itu merupakan satu persandingan yang cukup ikonik dan mewah dimana mereka menggabungkan kedua-dua upacara Barat juga India. Jonas memakai persalinan khas daripada Ralph Lauren iaitu sepasang sut hitam bersama kasut berona hitam berkilat. Chopra pula mengenakan gaun putih daripada Ralph Lauren yang dihiasi manik-manik dan sulaman tangan dengan veil panjang 75 kaki langsung memberi elemen dramatik.

#2 Brad Pitt dan Angelina Jolie

Perkahwinan antara dua selebriti popular Hollywood ini menjadi salah satu perkahwinan hangat pada tahun 2014. Perkahwinan mereka diadakan di Chateau Miraval, Perancis, secara peribadi dihadiri keluarga terdekat dan anak-anak mereka. Gaun berona ivory yang dipakai oleh Jolie direka oleh Luigi Massi, ketua penjahit di Atelier Versace. Massi juga memasukkan lukisan oleh anak-anaknya di atas busana dan veil yang digayakan oleh Jolie. Manakala Pitt memakai pakaiannya sendiri dan hanya meminjam tali leher milik anak lelakinya.

wedding of the yearwedding of the year

#3 Sheikh Hamdan bin Mohammed dan Sheikha Shaikha binti Saeed bin Thani Al Maktoum

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan telah melangsungkan perkahwinannya pada 15 Mei 2019 bersama pasangannya, Sheikha Shaikha binti Saeed bin Thani Al Maktoum secara peribadi.. Perkahwinan mereka juga diadakan bersama dua lagi kekanda Sheikh Hamdan. Upacara perkahwinan mereka juga didatangi oleh bapa pengantin lelaki, Sheikh Mohammed bin Rashid, Naib Presiden dan Pemerintah Dubai. 

#4 Prince William and Kate Middleton

Pewaris takhta British telah berkahwin pada April 2011 bersama pilihannya, Kate Middleton di Westminster Abbey, London. Middleton kelihatan anggun dengan gaun khas oleh Alexander McQueen untuk upacara perkahwinan mereka yang gah itu. Wedding of The Year ini turut dihadiri oleh ahli keluarga diraja termasuk Ratu Elizabeth II, dengan adik pengantin lelaki, Putera Harry, yang juga menjadi pengiringnya.

wedding of the year

Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton. The Royal Family

#5 Joe Jonas dan Sophie Turner

Bintang pop Joe Jonas dan pelakon siri Game of Thrones, Sophie Turner, telah mengadakan perkahwinan mereka pada tahun 2019 di South France. Pelakon menawan itu memakai sepasang gaun renda berlengan panjang daripada Louis Vuitton yang gambarnya dikongsi menerusi Instagram, dua tahun selepas perkahwinan mereka. Gambar-gambar perkahwinan mereka dikongsi oleh Turner sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. 

wedding of the year

Perkahwinan Joe Jonas and Sophie Turner. Vogue

#6 Victoria Swarovski dan Werner Muerz

Pewaris kepada jenama kristal Swarovski telah berkahwin dengan kekasihnya, Werner Muerz, yang merupakan seorang pelabur hartanah. Perkahwinan mereka diadakan pada hujung minggu di Trieste, Itali selama tiga hari pada tahun 2017. Swarovski memukau jemputannya dengan gaun khas seberat 46kg berharga £700,000 dan dihiasi dengan 500,000 kristal Swarovski yang direka olehnya sendiri bersama Michael Cinco, seorang pereka di Dubai. Majlis perkahwinan Wedding of The Year ini, Swarovski dan Muerz turut dihadiri selebriti terkenal seperti Beyoncé, Jennifer Lopez, Rihanna dan Lady Gaga.

wedding of the year

Victoria Swarovski dan Werner Muerz Di Majlis Perkahwinan Mereka. Daily Mail

#7 Serena Williams dan Alexis Ohanian

Bertemakan kisah dongeng, pemain tenis profesional, Serena Williams, dan Pengasas Reddit, Alexis Ohanian, telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 November 2017. Perkahwinan mereka berlangsung di New Orleans, Louisiana. Williams mengenakan ball gown oleh Sarah Burton daripada Alexander McQueen dan menukar busananya kepada dua gaun Versace yang berbeza, gaun berlabuci dan gaun pendek bersulam. 

#8 George Clooney dan Amal Alamuddin 

Perkahwinan diantara pelakon dan pengarah filem Amerika, George Clooney, dan pilihan hatinya, seorang peguam hak asasi manusia dilangsungkan di Aman Canal Grand Hotel pada tahun 2014. Alamuddin memilih Oscar de la Renta untuk mereka khas gaun perkahwinannya. Busananya dibuat dengan empat belas ela renda French Chantilly berona ivory dan lapisan tulle. Gaun off-the-shoulder itu dihiasi dengan manik mutiara dan batu berlian. Clooney pula meminta bantuan rakan baiknya, Giorgio Armani, untuk sut dari koleksi Made to Measure. Sut hitamnya dijahit daripada kapas halus ultra dan kashmir, dipadankan dengan kemeja putih, bow tie hitam, dan kasut kulit.

wedding of the year

Amal Alamuddin Dengan Busana Pengantinya. Vogue

#9 Rose Leslie dan Kit Harington

Pada 23 Jun 2018, Rose Leslie dan Kit Harington telah berkahwin di Aberdeenshire, Scotland. Pasangan bintang bersiri Game of Thrones ini membuat majlis mereka di rumah milik keluarga Leslie. Majlis mereka dihadiri oleh rakan-rakan mereka dari siri Game of Thrones seperti Emilia Clarke, Peter Dinklage, Sophie Turner, dan Maisie Williams. Selain mereka, selebriti terkenal yang lain seperti Joe Jonas, Marcus Mumford dan Malin Akerman turut hadir. Leslie memakai gaun berona ivory dengan lengan panjang, dihiasi dengan sulaman bunga-bunga, bersama dengan selendang panjang katedral dan mahkota bunga putih. Harington pula memakai sut three-piece yang maskulin. 

#10 Prince Albert II dan Charlene Wittstock 

Perkahwinan antara Putera Monaco dan perenang olimpik ini telah berlangsung pada 1 Julai 2011. Prince Albert II dan Charlene Wittstock melangsungkan perkahwinan mereka di dalam Throne Room yang berada di Prince’s Palace, Monaco. Wittstock busana yang direka oleh Giorgio Armani dan dipadankan dengan rantai “Infinite Cascade” yang direka oleh Nagib Tabbah, ditempah khas dan diperbuat daripada emas rose 18 karat dihiasi dengan 1,237 berlian dan 6 mutiara putih berbentuk pear menjadikan ia salah satu Wedding of The Year tahun itu. 

wedding of the year

Perkahwinan Prince Albert II dan Charlene Wittstock. Monaco Tribune