Use your ← → (arrow) keys to browse
Agak lama menghilang dari radar filem, kali terakhir wajah Ryan Gosling menghiasi layar perak adalah menerusi First Man yang ditayangkan tiga tahun lalu.
Kini Ryan Gosling kembali mengubati kerinduan peminat dengan penglibatannya sebagai Ken dalam filem Barbie terbaharu arahan sutradara terkenal, Greta Gerwig yang dikenali menerusi filem Lady Bird dan Little Women.
Pelakon berusia 40 tahun ini pada awalnya menolak untuk memegang peranan itu disebabkan jadual kerjanya yang ketat. Namun setelah beberapa kali penangguhan pra-produksi dan mendapat desakan tanpa henti daripada studio, Ryan akhirnya memberi persetujuan.