Galaxy Z Flip3 5G Buat Fashionista Yang Tech Savvy! - Glam Malaysia
Galaxy Z Flip3 5g

Galaxy Z Flip3 5G Buat Fashionista Yang Tech Savvy!

Galaxy Z Flip3 5G bersaiz kompak, boleh muat dalam beg micro mini atau simpan sahaja di poket seluar denimmu!

Bagaikan cinta pandang pertama, itulah momen apabila Galaxy Z Flip3 5G muncul kali pertama pada dua tahun yang lalu. Kini Cinta makin mendalam dengan hadirnya versi baharu. Sebab utama ia menjadi dambaan fashionista, adalah kerana rekaan yang cukup chic. Bersaiz kecil, sesuai dengan trend jinjit beg kecil. Boleh letakkan telefon pintar kecil ini dalam beg mikro dengan lip balm, bedak asas dan kunci tanpa memberatkan beg.

Galaxy Z Flip3 5g

Rekaan chic ini menarik minat yang cukup discreet. Tanpa perlu menjerit mencuri tumpuan, ia mempunyai saiz yang nipis boleh selitkan dalam poket belakang seluar dan lebih smooth. Pilihan rona pula cukup lembut. Ada Lavender yang cukup lembut, Cream sesuai buat mereka yang tenang, Hijau pula menjuari carta buat generasi sekarang dan Phantom Black melengkapi gaya fashionsista yang sukakan rona kelam.

Galaxy Z Flip3 5g

Selain rekaan yang kompak, ciri lagi satu ini juga membuatkan telefon pintar ini mampu memenangi hati fashionista! Ia adalah Flex Mode yang memberikan kesenangan dalam kerja harian. Ambil gambar OOTD tidak lagi memerlukan pertolongan sahabat atau tripod! Hanya bengkokkan telefon pintar ini untuk mencari sisi tubuh yang anda mahu rakamkan.

See also
S Pen Galaxy S22 Ultra: Menguasai Produktiviti dan Kreativiti

Memuaskan lagi hati para fashionista, kamera luar dilengkapi dengan 12MP, nyata terus memberi kepuasan maksima jika mahu Selfie. Lebih tangkas dengan ciri Quick Shot. Hanya double press kekunci power, dan ready for your close up! Boleh rakam momen dengan cepat bersama ciri wide atau ultra-wide yang baharu buat Galaxy Z Flip3 5G.

Pautan Berkenaan: Unfold Your Life : Sehari Bersama Yaya Zahir & Teman Baharunya