Galaxy Buds2 Hasil Idea Samsung Bersama Charli XCX - Glam Malaysia
galaxy buds2

Galaxy Buds2 Hasil Idea Samsung Bersama Charli XCX

Samsung dan Charli XCX berkerjasama dalam memastikan bunyi yang dikeluarkan melalui Galaxy Buds2 mencapai kepuasan bunyi yang maksima!

Mendapatkan kepuasan mendengar bunyi melalui earphone adalah sangat penting. Ini yang membuatkan Galaxy Buds2 oleh Samsung mencapai status terbaik mereka kerana berjaya melahirkan satu earphone yang bermutu. Kaya dengan teknologi dan inovasi yang diperlukan pada sebuah earphone masa kini. Ia dilengkapi dengan pembesar suara dua hala yang dinamik, lengkap dengan sistem baru Active Noise Cancellation, rekaan yang lebih selesa dan pastinya boleh menggunakannya dengan masa lebih lama. Juga, ia mendapat restu daripada pemuzik Charli XCX!

Pereka Galaxy Buds memilih Charli XCX kerana penyanyi ini mempunyai penampilan yang lebih dekat dengan orang awam. Selain itu, pelantun lagu Boom Clap ini turut popular di media sosial. Samsung menyifatkan karakter yang dimiliki olehnya, seperti gaya fesyen dan nilai kreativiti cukup menggambarkan Buds2 ini. Charli XCX diberikan Buds2 pada peringkat awal lagi untuk mendapatkan pandangan dan bagaimana bunyi yang dikeluarkan mampu memberi rentak yang maksima.

See also
GoHalal: Halal Hub terbaru Di Malaysia Buat Anda

galaxy buds2

Melalui earphone baharu ini, ada enam mod penyamaan bunyi. Normal untuk bunyi yang asli, Bass Boost, Soft, Dynamic, Clean dan Treble Boost. Charli XCX secara peribadi memilih Bass Boost sebagai mod bunyi penyamaan kerana ia mempunyai teknik yang mampu membezakan setiap bunyi yan dikeluarkan melalui Buds2. Maka ia kaya dengan rentas bass yang lebih bagus.

Pautan Berkenaan: The MMK x 007, Rentak Sensual & Dedikasi Jetsetter