Use your ← → (arrow) keys to browse
Bekas ratu cantik itu turut mengakui dia dan suami mempersiapkan diri untuk ‘bahagian paling sukar’ sebagai ibu bapa – tidak cukup tidur – dengan melaksanakan latihan tidur sebelum ketibaan anak ketiga.
“Sewaktu kelahiran anak pertama, Alma, jadual tidur kami huru-hara. Apabila Maya lahir, saya nekad ia tidak akan berlaku lagi. Jadi Maya tidur sendirian sejak berusia lima bulan. Alma yang berusia sembilan tahun masih menyelinap masuk ke bilik kami pada tengah malam sehingga sekarang.
“Saya rasa itulah yang kami akan terus lakukan. Kami akan melatih bayi ini dan memastikan dia suka dan menikmati waktu tidur,” katanya.