Use your ← → (arrow) keys to browse
“Here we go again,” tulisnya sebagai kapsyen pada satu hantaran di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang berbadan dua. Dalam foto tersebut, suami dan anak-anak memeluk erat perutnya yang kelihatan sedikit berisi.
Pada bulan yang sama, dia mendedahkan kepada Kelly Ripa dan Ryan Seacrest dalam rancangan Live with Kelly and Ryan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.
Dia turut berkongsi mengenai perubahan emosi melampau yang dilalui sepanjang kehamilan. “Saya menangis apabila menonton iklan di televisyen. Apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran boleh membuatkan saya menangis.
“Begitu juga apabila mendengar lagu menggembirakan. Saya tiba-tiba menjadi seorang yang cengeng, sangat mengejutkan kerana saya bukan seperti itu sebelum ini,” katanya.