Use your ← → (arrow) keys to browse
Alia turut menambah sentuhan Punjabi dengan menyarung set gelang chooda gabungan rona merah dan emas. Wajahnya diserikan dengan riasan glam lembut manakala rambutnya pula dibiar lepas dan mengurai.
Pengantin lelaki pula tampil sedondon dalam sherwani sutera bersulam oleh pereka yang sama. Persalinan Ranbir diperincikan dengan butang batu berlian, serban organza sutera dan selendang yang menampilkan sulaman zari.
Penampilannya disempurnakan dengan kalung mutiara labuh dan kerongsang daripada Sabyasachi yang menampilkan batu zamrud dan mutiara bersama tatahan berlian yang memukau.