Use your ← → (arrow) keys to browse
Lima tahun menjalin cinta, power couple Bollywood Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt akhirnya selamat disatukan.
Pasangan itu melangsungkan perkahwinan intim semalam pada hari yang dianggap suci, Baisakhi dan Mahavir Jayanti di kediaman milik Ranbir di Vastu, Mumbai yang didiami mereka sepanjang bercinta.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung pada pukul 6 petang waktu Malaysia dan dihadiri oleh keluarga mempelai antaranya Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor bersama suaminya, Saif Ali Khan.