Use your ← → (arrow) keys to browse
Sekuel filem Joker (2019) yang diberi judul Folie à Deux telah pun memulakan penggambaran di Los Angeles baru-baru ini.
Ahad lalu, sutradara Todd Phillips berkongsi foto pertama Joker: Folie à Deux bersama peminat yang menyaksikan pemenang Oscar, Joaquin Phoenix menghidupkan kembali wataknya sebagai ‘Clown Prince of Crime’ di samping Lady Gaga.
Foto yang dirakam pada hari pertama penggambaran seperti yang ditulis di ruangan kapsyen menunjukkan Joaquin sedang berbaring sambil wajahnya dicukur di hospital psikiatri, Arkham Asylum.