Filem Asia Yang Patut Ditonton Sepanjang Tahun 2024
Filem Asia Yang Patut Ditonton Sepanjang Tahun 2024

Filem Asia Yang Patut Ditonton Sepanjang Tahun 2024

Filem Asia juga kini semakin memberi impak besar daripada segi sinematografi dan grafik, setanding Eropah dan Amerika. 

Tahun ini, lebih meriah dengan kemasukan filem yang pelbagai di panggung. Daripada genre aksi ke genre komedi, setiap daripada mereka membawa impak kepada para penonton. Bukan sahaja filem-filem antarabangsa yang menjadi bualan, malah filem Asia kini juga mempunyai kualiti yang tinggi seperti filem-filem antarabangsa yang lain. GLAM akan berkongsi dengan anda filem Asia yang patut ditonton sepanjang tahun 2024 ini!

#1 The Expert (Malaysia)

“Satu Rompakan Keluarga Terbesar.” Sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 23 Mei 2024 yang lalu, filem The Experts dibintangi pelakon terkenal seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Aaron Aziz, Remy Ishak dan Ray Dap Dap. The Experts mengisahkan lima beradik yang sudah bersara daripada merompak. Kelima-lima mereka mempunyai kepakaran masing-masing menjadikan mereka sebuah kumpulan perompak yang hebat. 

 #2 How To Make Millions Before Grandma Dies (Thailand)

Filem yang telah ditayangkan pada 15 Mei 2024  telah berjaya membuat penonton mereka berjurai air mata. Ia dibintangi barisan pelakon terkenal Thai seperti Billkin, Tontawan Tantivejakul dan Pongsatorn Jongwilas. Bermula dengan niat yang tidak baik, M berhasrat untuk menjaga neneknya yang hidap kanser atas niat ingin mendapatkan harta neneknya kelak. Akan tetapi, setelah meluangkan masa bersama neneknya, M merasakan sesuatu yang berbeza lebih-lebih lagi tentang hubungan kekeluargaan. 

how to make millions before grandma dies

#3 Haikyuu!! The Dumpster Battle (Jepun)

Selepas siri ke empat, Haikyuu kembali dengan sekuel mereka yang ke lima. Mengisahkan atlet bola tampar, Shoyo Hinata yang telah pindah ke sekolah baru dan bertemu dengan kumpulan bola tampar barunya. Akan tetapi, Hinata bertemu dengan musuhnya, Tobio Kageyama dan perlu bekerjasama di dalam satu kumpulan yang sama. Filem ini akan menyambung kisah pasukan Sekolah Tinggi Karasuno dalam perlawanan sengit bersama sekolah lain, lebih-lebih lagi Sekolah Tinggi Nekoma.  

haikyuu the dumpster battle

#4 Wonderland (Korea Selatan)

Bae Suzy kembali di dalam genre fiksyen sains bersama Park Bogum. Wonderland ialah satu program aritifical intelligence yang membenarkan penggunanya untuk berkomunikasi bersama orang tersayang yang sudah tiada. Jeong-in (Bae Suzy) merupakan seorang pramugari yang masih berkomunikasi dengan teman lelakinya Tae-joo (Park Bogum) walaupun teman lelakinya sudah meninggal dunia. 

#5 Padu (Malaysia)

Padu merupakan kisah benar tentang pasukan bola keranjang wanita di Malaysia yang telah mengumpul 13 pingat emas ketika Sukan Sea sejak tahun 1977. Telah ditayangkan pada 6 Jun 2024, filem ini juga memaparkan peristiwa yang benar dan penting seperti pemansuhan larangan berhijab, diinspirasikan daripada kes Pasukan Wanita Qatar ketika Sukan Asia pada tahun 2014. 

padu the movie