Fenomena Brat Summer Charli XCX, Keunggulan Pop Culture
Fenomena Brat Summer Charli XCX
Charli bermula dengan set Boiler Room pada bulan Februari 2024 yang memecahkan rekod RSVP dalam beberapa jam sahaja. Hanya 400 orang tampil berjaya memasuki warehouse venue bagi ‘Party Girl‘ Boiler Room DJ Set Charli XCX. Atmosfera di Bushwick, Brooklyn yang cukup hangat, bersama produser album terkemuka “BRAT,” A. G. Cook dan EasyFun, ruangan itu dipenuhi dengan peminatnya yang saling teruja dengan set unggul Charli ketika itu.
Lagu “Von Dutch” dimainkan pada pertama kali yang mana sintesisnya bergelora mengimbau kembali kepada muzik elektro pertengahan Y2k seperti Boys Noize dan Bloody Beetroots. Sensasi debaran seumpama saat hentian sebelum drop yang dapat dirasai dalam jiwa yang berkobar-kobar. Pembaharuan budaya yang bergenre Bass, Club dan House musik dimainkan di DJ Set Charli XCX Boiler Room, Bushwick.
Selebriti Yang Tampil di Parti Charli XCX
Seterusnya, terlihat para selebriti menghadiri parti star-studded birthday bash di Los Angeles. Artis dan pempengaruh digital yang tampil adalah Billie Eilish, Addison Rae, Rosalia, Gabriette, Sabrina Carpenter, Lorde, Gracie Adams, Alexa Demie, Kaia Gerber dan lain-lain lagi.
‘Apple’ dan ‘360’ yang catchy dan ikonik!
Disamping itu, dengan secara semula jadinya, gadis ‘brat’ adalah gadis fesyen yang bertenaga ‘It-Girl’ dan ‘anti-clean‘. Barisan ikon dalam video muzik “360” gaya “Avengers” berkolborasi bersama Julia Fox, Gabbriette, Salem Mitchell, dan ‘mother brat‘ Chloë Sevigny.
Reaksi yang besar terlihat di mana-mana saja, dari barangan berwarna neon green hingga kempen marketingnya. Kini tular di media sosial Tiktok yang membuktikan bintang terkemuka ini tidak tersalah dalam penegasannya bahawa dia adalah “your number one” dan “cult classic, tetapi masih popular”. Remix dari Addison Rae direka pada bulan Mei 2024, Charli menambah katalog frasa ikoniknya dengan lagu ‘Apple’ dan ‘360’ dengan lirik popularnya “I’m so Julia” and “bumpin’ that”! Tarian Tiktok yang menggunakan lagu ‘Apple’ tular mencecahi lebih 1 Juta likes dan view.
@jivhyo im so juliaaa!! :3 | the room took some of my life spawn …#jivhyo #fyp #aftereffects #charlixcx #360 #charlixcxedit ac @cordeliav.mp3 ♬ 360 – Charli xcx
@brookieandjessiebrat summer 💚♬ Apple – Charli xcx
Apakah itu Brat Summer/Bratosphere?
Trend musim ‘brat’ diilhamkan oleh album hit ini dikeluarkan pada 7 Jun 2024, memegang kedudukan #3 di carta Billboard. Gerakan Charli telah menginspirasikan pelbagai konten, tarian TikTok, meme, dan trend fesyen, menyebabkan peminat yang sangat aktif dalam talian mencipta istilah baru: #bratsummer. Dengan rangkaian sekitar 41.2k posting dibawah hashtag ini. Bratsummer merupakan gaya hidup yang diterima oleh Gen Z dan golongan para milenium yang meminati estetik Charli yang flawless chaotic dan fun untuk gaya hidup yang suka berparti!
Selain itu, ada juga yang mengayakan dengan baju polo yang berkesan tumpahan kopi, menjadikan kemeja besar yang berkerut sebagai gaun. Gaya unik dan luar biasa ini memikat para fashionista yang ingin mengkuti trend #bratsummer. ‘brat’ memfokuskan golongan Gen-z untuk menjadi diri sendiri dengan tidak menghiraukan pendapat orang lain, dan konsep menerima imperfections dalam kehidupan. Berikut adalah video dari TikTok yang tular.
@thenewsmovement Friday marked the start of 💚Brat Summer💚 and we’re living for it. Charlie XCX released her 15 song album on Friday, but then went on to surprise fans with 3 more songs on an extended version released on Sunday 🤯 #bratgirlsummer #bratsummer #charlixcx #music #brat ♬ original sound – The News Movement
Sempena release yang masih bergelora ini, mendorong kemunculan gaya yang sangat khusus. Pelbagai style yang padan untuk melambangan estetik messy. Contohnya, pemilihan kasut platform bertumit tinggi bersama top tank putih yang dipotong dengan sembrono, style kurang kemas menjadi tarikan Gen-Z.
Bagi mengakhiri kata, semangat kehijauan ‘brat‘ mungkin telah mendominasi musim panas yang lepas. Tetapi roda warna kekal berputar semula tidak lama lagi, “Itulah cara industri fesyen reka bentuk berfungsi”. Dengan lebih banyak label akan berebut untuk menjenamakan musim panas pada tahu 2025. “While everyone always catches onto a trend, in the same time everyone tries to do it”. Brat Culture adalah album yang mendukung industri musik dan Pop Culture pada tahun ini!