5 Fakta Tentang Puteri Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah
5 Fakta Tentang Puteri Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah

5 Fakta Tentang Puteri Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah

Keluarga kerabat Pahang sentiasa menjadi topik perbualan rakyat kerana sikap mesra mereka. Begitu juga dengan puteri mereka yang berjiwa rakyat ini! 

Sifat merendah diri keluarga kerabat Pahang ini amat disayangi oleh rakyat Malaysia lebih lebih lagi ketika pemerintahan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keluarga Diraja ini juga terkenal dengan puteri-puteri jelita mereka. Ayuh kenali Puteri keempat Sultan Pahang ini bersama GLAM! 

#1 Kembar Kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Puteri kelahiran Pahang ini sebenarnya mempunyai seorang kembar iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang merupakan Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang. Kedua-dua diputerakan dan diputerikan pada tanggal 11 September 2000 di Hospital Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia.

#2 Puteri keempat Sultan Pahang

Tengku Puteri Afzan Aminah merupakan anakanda kesembilan daripada 10 orang adik-beradik. Tuan Puteri ini juga merupakan puteri keempat daripada lima orang puteri anggun Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

puteri pahang

#3 Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan

Tengku Puteri Afzan Aminah dan pasangan kembarnya merupakan graduan universiti ternama di United Kingdom iaitu Royal Holloway University. Puteri kelahiran Pahang ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Pengurusan dan Perakaunan setelah menghabiskan pelajarannya di kota England pada tahun 2022.

#4 Pernah Tular Kerana Jelingannya 

Pada tahun 2019, Tuan Puteri pernah tular di media sosial dengan jelingannya yang dianggap manja dan tajam. Jelingannya itu juga dikatakan persis ayahandanya, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tengku Puteri Afzan juga sempat membalas komen-komen netizen dan berkongsi gambarnya yang sedang tersenyum, “Saya pandai senyum pun bukan pandai jeling je.” Ia antara momen manis Tuan Puteri bersama rakyat yang masih segar diingatan rakyat Malaysia. 

jeling

#5 Dikatakan akan bernikah pada bulan Ogos 

Beberapa bulan yang lalu, Tengku Puteri Afzan dikhabarkan bakal bernikah pada bulan Ogos tahun ini. Perkhabaran tersebut dikongsi sendiri bondanya yang tersayang iaitu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Ura-ura mengatakan Tengku Puteri Afzan bakal bernikah bersama FD Idzham, seorang Pengarah Pembangunan Perniagaan & Korporat di Glomac Berhad.