ENIGMA: Permainan Digital Salvatore Ferragamo - Glam Malaysia

ENIGMA: Permainan Digital Salvatore Ferragamo

Dalam merasai pengalaman digital buat generasi muda, Salvatore Ferragamo mempersembahkan permainan penyiasatan dalam talian, ENIGMA yang menguji minda dalam memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2021.

Suspen, menarik dan penuh keindahan, Salvatore Ferragamo memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2021 melalui cara yang unik. Dalam mempersembahkan pengalaman digital untuk mencipta dialog interaktif dengan genarasi muda, label ikonik kota Milan menggunakan permainan dalam talian ENIGMA yang penuh misteri.

Permainan dalam talian ini akan mencabar memori pengguna, selain seni pemerhatian dan kemahiran intuitif yang menyasarkan generasi muda dengan menggunakan hiburan sebagai desain baharu pada persekitaran hari ini. Dengan menggunakan siasatan dan menyusuri laluan yang dipenuhi dengan klu misteri, pengguna boleh meneka mood yang penuh misteri pada koleksi musim bunga/panas 2021.

ENIGMA menjemput pengguna untuk menyelesaikan empat enigma dengan bermain permainan secara individual dan mengembara variasi lokasi di sekitar Milan yang menjadi latar kepada “Fashion Film”. Dilengkapi dengan grafik dan animasi yang menarik berdasarkan estetika berwarna dan penuh kehalusan, pengguna boleh bermain sebagai penyiasat untuk mencari klu yang tersembunyi. Dalam menyelesaikan setiap peringkat dan  semakin dekat untuk menghabiskan enigma metropolitan, pemain dapat membuka kandungan eksklusif yang menggunakan kod gaya Salvatore Ferragamo.

Sebagai salah satu inovasi digital baharu Salvatore Ferragamo, ENIGMA diinspirasikan daripada “Fashion Film” arahan pengarah fesyen, Luca Guadagnino pada produksi sinematik koleksi musim bunga/panas 2021 yang memperkenalkan tema dan mood musim ini., kolaborasi bersama Pengarah Kreatif, Paul Andrew. Dirakamkan di sekitar kota Milan, ia memberikan penghormatan kepada ibu kota festen itu dan karya milik Alfred Hitchcock, yang turut memberikan inspirasi kepada koleksi musim ini.

See also
Beauty of Summer, Salvatore Ferragamo Bawakan ‘Hotel Splendid’

Klik ENIGMA untuk memulakan penyiasatan anda dan…. happy detecting!

Foto: Salvatore Ferragamo

Baca lebih lanjut: LV & Tokyo