Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Kini Bermula - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Volvo C40 Recharge Pure Electric - Che’ Puan Syamim Farid dan Tengku Ezrique Ezzuddean

Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Kini Bermula

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Volvo C40 Recharge Pure Electric

Ketika gala makan malam, tetamu dipersembahkan dengan acara pelancaran Volvo C40 Recharge Pure Electric yang terbaharu. SUV elektrik-sahaja pertama daripada Volvo Car Malaysia ini menampilkan inovasi desain yang future-forward dan kontemporari, selain menggunakan teknologi terkini untuk memenuhi visi kelestarian yang mapan.

Volvo C40 Recharge Pure Electric

Sebelum memasuki ruang makan, barisan tetamu yang hadir berkesempatan untuk melangkah mengikuti ruang Volvo Journey yang cukup istimewa. Volvo Journey ini membawa tetamu menerusi terowong masa penuh sejarah syarikat kereta dari Sweden itu sehingga ke hari ini. Ia menampilkan sebuah kereta Volvo antik, galeri keselamatan juga misi kelestarian, serta kamera 360-darjah yang boleh dicuba oleh setiap tetamu. Koleksi beg tangan kolaborasi bersama label fesyen Amerika Syarikat, 3.1 Phillip Lim turut dipamerkan, selain aksesori dan peralatan yang boleh melengkapi kereta Volvo.

Volvo Cars berhasrat portfolio elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia ini akan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama mewah elektrik terkemuka di Malaysia. Untuk masa depan yang lebih mapan, Volvo Cars akan meluncurkan komitmen serta misi untuk menjamin kehidupan yang lebih baik, mudah dan selamat untuk semua.

See also
Rutin Harian Qalisha Ray Menjadi Lebih Mudah dengan Volvo EX30

 

Foto: Aaron Lee (Lensworks Production)

Baca lebih lanjut: Volvo XC40 Recharge Pure Electric Serba Baru