Use your ← → (arrow) keys to browse
Sesi bual bicara antara Meghan Markle dan Harry dengan hos ternama, Oprah Winfrey yang berlangsung semalam menjadi salah satu acara televisyen terbesar tahun ini.
Menurut laporan The Wall Street Journal, rancangan terbitan Oprah itu menelan belanja sebanyak RM28 juta hingga RM36 juta. Mendengarkan berita tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa wang tersebut masuk terus ke dalam poket Duke dan Duchess of Sussex.
Namun hakikatnya bukan sedemikian. Ia mendatangkan keuntungan buat beberapa pihak yang terlibat termasuk syarikat produksi Oprah, Harpo Productions namun bukan pasangan itu. Malah dia turut menjelaskan perkara tersebut di awal rancangan.
“Sebelum bermula, saya ingin menjelaskan kepada semua bahawa walaupun kita berjiran, tiada perjanjian yang dibuat antara kita. Anda tidak tahu soalan apa yang bakal ditanya, tiada had kepada subjek yang bakal diajukan, dan anda tidak menerima apa-apa bayaran untuk temu ramah ini.”
Meghan kemudian memberi respon, “Ya, semuanya benar.”