Dua Bulan Putus Tunang, Olivia Wilde Kini Bercinta Dengan Harry Styles - Glam Malaysia

Dua Bulan Putus Tunang, Olivia Wilde Kini Bercinta Dengan Harry Styles

Malang nasib Miley Cyrus. Baru beberapa hari berkongsi perasaannya terhadap bekas ahli One Direction ini, peluangnya dicaras pula oleh pelakon dan penerbit, Olivia Wilde.

Ketika merasmikan majlis perkahwinan pengurus dan rakan baiknya, Jeffrey Azoff yang berlangsung hujung minggu lalu di Montecito, California, Harry secara berseloroh menggelar Olivia sebagai teman wanitanya ketika diminta memberi ucapan. Mereka juga dirakam berpimpin tangan di majlis tersebut.

Pasangan ini menjadi rapat sejak Harry memegang watak utama dalam filem terbaru terbitan Olivia bertajuk Don’t Worry Darling, menggantikan Shia LaBeouf yang terpalit dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini. Walaupun penggambaran terpaksa dihentikan kerana seorang kru disahkan positif Covid-19 November lalu, mereka berdua dilihat kembali ke set sebulan selepas itu.

Olivia Wilde moves on from older ex with young Harry Styles
Foto: Backgrid

Olivia berpisah secara baik dengan tunangnya, Jason Sudeikis dua bulan lalu setelah berkongsi hidup selama sembilan tahun dan memiliki dua anak bersama, Otis dan Daisy.

Menurut sumber, gaya hidup mereka turut memainkan peranan dalam perpisahan ini. “Terdapat pertengkaran antara mereka mengenai perjalanan kerjaya dan tempat tinggal. Jason mahu tinggal di New York, manakala pula mahu menetap di Los Angeles. Olivia juga lebih sibuk berbanding Jason, dan ini menyukarkan keadaan. Mereka bercanggah dalam banyak perkara, jadi mereka memutuskan perpisahan adalah jalan terbaik.”

See also
LV & Tokyo

Sebelum bertemu Jason, Olivia pernah berkahwin dengan pembuat filem, jurugambar dan pemuzik, Tao Ruspoli selama lapan tahun. Harry pula pernah dikaitkan dengan nama-nama hebat seperti Taylor Swift, Kendall Jenner, Nadine Leopold, Sara Sampaio, Gerogia Fowler dan Camille Rowe.

Foto: Harpersbazaar.com

Baca: Nicki Minaj Dedah Wajah Putera Sulung