Use your ← → (arrow) keys to browse
Projek mengejutkan ini muncul selepas pasangan itu melancarkan dokumentari pertama mereka pada awal Disember lalu yang mencetuskan kontroversi.
Bahagian kedua Harry & Meghan yang disiarkan pada 15 Disember mendedahkan beberapa kejutan termasuk pertengkaran Putera Harry dan Putera William, perjumpaan keluarga yang dingin serta dakwaan manipulasi Diraja. Putera Harry turut mendakwa dia disekat daripada bertemu Ratu Elizabeth II.
Dalam satu sedutan lain, Putera Harry berkata media Britain menjadi punca Meghan mengalami keguguran. “Saya percaya isteri saya keguguran kerana apa yang Mail lakukan… Saya menyaksikan segalanya.”
Dia turut bercakap mengenai keputusannya berpindah ke California dengan berkata, “Untuk membolehkan kami memasuki bab seterusnya, kami perlu menghabiskan bab pertama.”
Meghan turut menjelaskan perpindahan itu memberi mereka peluang untuk mencipta kehidupan berkeluarga yang telah lama mereka idamkan.