Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas tayangan Harry & Meghan di Netflix, pasangan Sussex dilaporkan telah bersedia untuk mempersembahkan dokumentari terbaharu mereka.
Siri dokumentari berjudul Live To Lead yang akan ‘membuka mata dunia’ itu bakal disiarkan pada 31 Disember dan menampilkan rakaman Nelson Mandela serta aktivis perubahan iklim, Greta Thunberg dalam treler promosi.
Dalam video pratonton berdurasi dua minit, Putera Harry berkata, “Ini diinspirasikan oleh Nelson Mandela yang pernah berkata, ‘Apa yang penting dalam hidup bukanlah fakta bahawa kita telah menjalani hidup,’” sebelum Meghan menambah, “Perubahan yang kita lakukan pada kehidupan orang lain yang akan menentukan kepentingan hidup yang kita jalani.”