Use your ← → (arrow) keys to browse
Awal tahun ini, Zoe mendedahkan dia akan membuat kemunculan pertama di belakang tabir untuk filem seram, Pussy Island. Filem itu juga bakal menyaksikan dirinya memegang watak sebagai Frida, seorang pelayan koktel yang menyelusuri dunia elit mogul teknologi, Slater King (Channing).
Ketika dalam perjalanan ke pulau peribadi Slater, dia menyedari sesuatu yang buruk sedang berlaku.
“Tajuknya memberi banyak maksud. Saya mula menulis menulis skrip filem ini pada 2017. Sebagai seorang wanita secara umum dan dalam industri hiburan, saya pernah berdepan dengan pelbagai kelakuan liar daripada lelaki. Tajuk ini adalah jenaka pada awalnya, tempat di mana orang melepak, membawa wanita dan berparti,” katanya.