Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Apabila tubuh menjadi mata pencarian, seperti kebanyakan atlet sukan, sudah semestinya anda ingin mengubah suai elemen diet untuk mencapai prestasi terbaik.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mengikuti pemakanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Atlet selebriti ini membuat keputusan mencuba diet ekstrem dan pelik, yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.

Lihat siapakah atlet yang dimaksudkan dan apakah diet pelik yang menjadi amalan mereka selama ini.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Arnold Schwarzenegger mencampurkan minuman keras ke dalam suplemen protein.

Pemenang gelaran Mr. Olympia tujuh kali ini kerap mengambil makanan berasaskan tumbuhan dan lantang bercakap mengenai manfaatnya terhadap kesihatan tubuh. Jelasnya, ia mampu menurunkan paras kolesterol dan membuatkan tubuh terasa lebih muda. Bagaimanapun Arnold Schwarzenegger berkata sekali-sekala dia akan makan stik atau schnitzel Wiener Austria. Lebih mengejutkan, dia mengakui mencampurkan alkohol ke dalam minuman proteinnya.

atlet selebriti

Foto: AFP

Bekas atlet bina badan ini berkata pada awalnya dia melakukan sedemikian dengan harapan ia dapat membantu tubuh menyerap protein dengan lebih cepat. Namun kini dia meneruskan diet pelik itu kerana rasanya yang enak. Walaupun alkohol tidak semestinya akan menjejaskan kecergasan, terlalu banyak minum boleh menyebabkan tubuh lebih sukar menyerap protein untuk memulih dan membina otot. Dan sudah tentu, ketagihan alkohol boleh menyukarkan seseorang untuk bersenam, makan hidangan bernutrisi dan mengikuti tabiat sihat lain dari semasa ke semasa.

See also
5 Temple Dengan Prasarana Yang Menakjubkan!

 

Foto: Glamour/Variety

Baca: 3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh