Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia - Page 2 of 4 - Glam Malaysia
Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Apabila tubuh menjadi mata pencarian, seperti kebanyakan atlet sukan, sudah semestinya anda ingin mengubah suai elemen diet untuk mencapai prestasi terbaik.

Bagaimanapun bagi sesetengah orang, mengikuti pemakanan seimbang sahaja tidak mencukupi. Atlet selebriti ini membuat keputusan mencuba diet ekstrem dan pelik, yang kebiasaannya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.

Lihat siapakah atlet yang dimaksudkan dan apakah diet pelik yang menjadi amalan mereka selama ini.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Venus Williams mengamalkan diet sayur mentah.

Ramai selebriti telah mencuba diet berasaskan sayuran yang tidak dimasak termasuk Venus Williams. Bintang tenis ini menjadi pengamal diet vegan pada 2011 selepas didiagnosis dengan penyakit autoimun. Akuinya, diet sayuran mentah membantu mengurangkan gejala yang dialami. Bermula tahun 2019, dia menambah sayuran yang dimasak seperti kentang, lentil dan beberapa jenis sayuran lain untuk mendapatkan lebih tenaga dan nutrisi.

Foto: Instagram

Venus Williams kekal menjadi pengamal diet vegan sehingga kini. Dia merupakan antara sebilangan besar atlet berprofil tinggi termasuk pemain bola sepak wanita, Alex Morgan dan pemain NBA, Chris Paul. Mereka mengakui diet berasaskan tumbuhan memberikan prestasi lebih baik. Menjadi pengamal vegan boleh memberi manfaat kesihatan termasuk untuk para atlet, seperti memberi lebih banyak tenaga dan membantu proses pemulihan tubuh. Bagaimanapun mereka mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan beberapa nutrisi penting. Sayur-sayuran biasanya rendah kalori terutamanya yang mentah, jadi ini boleh menjadi cabaran besar buat atlet.

See also
Kembara Shalma Ainaa di Resorts World Sentosa, Singapura