#DiariGLAM : Sehari Berlibur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4 - Glam Malaysia

#DiariGLAM : Sehari Berlibur Bersama Samsung Galaxy Z Flip4

Pengurus Kandungan Digital GLAM, Amira Azman, membawa anda merasai pengalaman penuh makna bersama telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4

Alangkah seronoknya menjalani hari yang tenang, tanpa perlu sibuk memikirkan perkara yang boleh membuatkan diri jadi penat, kepala jadi pusing. Dalam dunia hari ini, segala yang kita inginkan sudah tentu sesuatu yang boleh membantu memudahkan kerja harian kita. Sudahlah hari-hari yang ditempuh penuh dugaan, sekurang-kurangnya ada satu perkara yang boleh membuatkan diri terhibur, menyemarakkan mood lantas membuatkan hari-hari jadi lebih bermakna.

Jika tanyakan saya, perkara yang memudahkan hidup sudah tentu memiliki telefon bimbit. Ke mana sahaja, hidup pasti ditemani gajet ini. Zaman kini, istilah telefon bimbit lebih dikenali sebagai telefon pintar. Seiring perkembangan dunia yang semakin pesat teknologinya, begitu juga kita. Hidup menjadi satu cabaran jika tiada ini semua.

Hari ini, kita dapat saksikan beratus telefon pintar terjual di pasaran. Mudah di dapati, kerana masing-masing mengetengahkan teknologi yang hampir sama. Namun, apa yang saya mahukan adalah sesungguhnya lebih daripada itu. 

Bukan sekadar “segalanya di hujung jari”, malah jika ditanya lagi, saya mahukan sesuatu yang pratikal serta betul-betul membantu rutin harian kita. Lebih daripada apa yang kita ada. 

See also
Padu Padan Samsung Galaxy Z Flip4 Dengan OOTD Pilihan Minggu Ini

Samsung Galaxy Z Flip 4, Ini Yang Saya Cari

Mata mudah tertarik dengan sesuatu yang menarik, apatah lagi apabila Samsung Galaxy Z Flip4 ini pula adalah keluaran telefon pintar jenis lipat yang mengingatkan saya pada era awal tahun 2000. Klasik tetapi yang ini tampil lebih sleek! Hadir pula dalam pelbagai warna serta aksesori suai padan yang ceria. This is so me! Saya seorang yang suka menggayakan rona-rona gelap dalam pemakaian harian saya, namun saya akan pastikan sesuatu baik beg yang dijinjit, sepatu yang disarung atau juga sarung telefon saya berwarna terang dan menyerlah. 

 

Samsung Galaxy Z Flip4

 

Dengan Samsung Galaxy Z Flip4, ia menyerlahkan lagi keseluruhan look saya. Hadir dalam pilihan warna yang pelbagai. Tiap kali saya keluar bertemu teman kerja, pasti ada yang bertanya tentang telefon yang dipakai saya. Yang paling penting, saiznya yang kompak memudahkan saya membawanya ke mana-mana. Saya juga gemarkan penggunaan beg bersaiz mini. Kadang-kala beg bersaiz begini memang tidak sesuai untuk memasukkan telefon bimbit. Jadi murung saya apabila memikirkan dilema ini saban kali ke majlis. Samsung memberikan solusi terbaik buat saya. Sekarang, langsung tiada masalah!

See also
Di mana Beli Stylish Face Masks Dalam Talian?

 

 

Bekerja dalam dunia digital, sudah tentu memerlukan saya banyak berada di depan kamera untuk merakam video menarik. Kadang-kala leceh juga perlu mengangkut tripod dari hulu ke hilir. Semuanya menjadi senang saat bersama Samsung Galaxy Z Flip4 ini. Dengan teknologi FlexCam, saya boleh merakam daripada pelbagai sisi kamera tanpa perlu memegang telefon ini. Bukan itu sahaja, telefon ini turun memiliki teknologi Quick Shot di mana saya boleh merakam gambar dengan mudah tanpa perlu bersusah-payah membuka aplikasi kamera secara manual dalam telefon. Klik dua kali di butang sisi telefon, terus membawa saya ke ruang kamera! Baik di kamera dalam mahupun kamera depan. Swafoto juga menjadi lebih mudah dengan adanya manfaat ini lebih-lebih lagi jika saya keseorangan sedang menikmati kopi. Tidaklah asyik saya mahu meminta bantuan orang tidak dikenali untuk menangkap gambar. 

Sekali lagi, bekerja dalam dunia majalah digital, segalanya perlu pantas. Berita tergempar harus saya laporkan secepat mungkin. Seperti berita kemangkatan Queen Elizabeth baru-baru ini. Setiap laporan yang saya ingin tulis perlu diselangi dengan informasi yang sah dan tepat. Tidak sempat juga untuk membuka komputer riba. Namun, saya bersyukur kerana dengan Samsung Galaxy Z Flip4 ini membolehkan saya membuat dua kerja dalam satu masa. Skrin yang boleh dibahagi dua ini cukup menyenangkan saya. Semenjak daripada itu, melaporkan berita-berita semasa tidak lagi susah buat saya. 

See also
Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh

 

 

Setelah penat seharian bekerja, sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah dan berehat. Inilah masanya untuk saya tonton semua rancangan kegemaran saya yang selama ini ketinggalan. Terutama sekali, drama bersiri di Netflix! Malas hendak ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Nasib baik boleh menonton di telefon bimbit. Yang paling menyeronokkan, saya tidak perlu bersusah-payah memegang telefon lagi. Dengan Samsung Galaxy Z Flip4 ini, semuanya sempurna! Dengan teknologi Flex Mode, cukup fleksibel telefon ini boleh dikepak sehingga 130 darjah baik dalam bentuk landskap atau tonton dalam bentuk potret. Saya boleh menonton dalam keadaan baring atau duduk tanpa rasa sakit-sakit badan dan tengkuk apabila menonton drama kegemaran.

 

Pautan berkaitan: SAMSUNG Memperkenalkan Peranti Serbaguna Galaxy Z Fold4