Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse

Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse

Lima tahun menyulam cinta, aktor Dylan Sprouse dan model Barbara Palvin secara rasminya bergelar suami isteri pada 15 Julai lalu.

Pasangan pelakon dan model itu memuat naik beberapa momen intim daripada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Hungary. Dylan Sprouse dan isterinya turut berkongsi pandangan tentang perkahwinan idaman mereka yang akhirnya menjadi kenyataan.

Glam kongsikan butiran mengenai perkahwinan pasangan sama cantik sama padan, Dylan Sprouse dan Barbara Palvin.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perasaan Dan Pengalaman Di Majlis Perkahwinan

“Selepas bertukar ikrar perkahwinan, masih ada acara tarian pertama pengantin yang perlu kami lalui. Agak tertekan apabila memikirnya. Namun setelah semuanya selesai, kami berasa lebih relaks dan seronok menikmati makanan serta muzik tradisional Hungary sambil bermain permainan tentang perkahwinan,” kongsi aktor berusia 30 tahun itu. Pasangan tersebut dilaporan telah pun kembali ke Los Angeles dan sedang merancang majlis resepsi kedua mereka. Dylan Sprouse dan Barbara Palvin mengikat tali pertunangan pada September 2022 namun hanya berkongsi berita gembira itu kepada umum pada Jun lalu.

Barbara Palvin Dylan Sprouse

Foto: Instagram

 

Baca: Sekitar Majlis Perkahwinan Pewaris Jordan, Putera Al Hussein & Rajwa Al Saif