Mesti Miliki: Devialet Gemini II, Putik Audio Nirwayar Terbaik!

Devialet Gemini II, Peranti Nirwayar Generasi Ke-2 Harus Anda Miliki

Jenama audio mewah Perancis umum pelancaran produk terkini mereka iaitu Devialet Gemini II, menghadirkan putik audio nirwayar generasi kedua yang menawarkan pengalaman muzik terbaik buat pendengarnya. 

Devialet Gemini II

Kualiti bunyi yang luar biasa, reka bentuk ergonomik mewah, terima kasih diucapkan kepada teknologi serba baharu Devialet Adaptive Noise Cancellation™ dan AWR (Active Wind Reduction)

yang direka khas buat putik audio generasi kedua ini. Bukan itu sahaja, reka bentuknya yang dinamik membolehkan ia dilaraskan mengikut rupa bentuk telinga dan memastikan pendengar menikmati muzik tanpa sebarang gangguan bunyi persekitaran.

Teknologi AWR (Active Wind Reduction) membantu mengehadkan impak angin semasa menggunakan putik audio ini, baik ketika menggunakan mikrofon atau di kala mendengar lagu. Berbicara tentang rekaannya pula yang cukup sleek, sesuai buat anda yang mengimpikan aksesori bergaya moden dan mewah. Sarung pengecasan yang nipis dan kecil membolehkan anda membawa dan menyimpannya di dalam beg mini atau poket saku dengan mudah.

See also
Zendaya Cipta Dua Rekod Di Pentas Anugerah Emmy

Devialet Gemini II

Nikmati muzik tanpa gangguan pada tahap terbaik dengan adanya kemudahan ketersambungan dan kebolehgunaan yang telah dinaiktaraf oleh jenama ini dan dengan Bluetooth 5.2 membolehkan ia menyambung maksima dua peranti serentak dengan peralihan yang lebih lancar dan pantas.

Penambahbaikan turut dilakukan pada ketahanan air yang melepasi piawaian IPX4, penyesuaian kawalan sentuh baharu serta jangka hayat bateri yang luar biasa  dengan 5 jam pada sekali cas juga 22 jam bersama sarung pengecasan. Dijual pada harga RM2,190 untuk Matte Black dan RM3,190 buat Iconic White. Kunjung butik Atlas Experience di The Gardens Mall untuk ketahui lebih lanjut.