Datin X: Letih Coverline Bertahun- Tahun, Akhirnya Pecah Jua Tembelang Dato’
Pecah Tembelang! Datin X tak pasti kenapa si isteri sukar membawa deritanya ke muka pengadilan, adakah kerana takut berstatuskan janda?
Awal tahun ini satu persatu drama pergolakan rumah tangga selebriti yang berpecah belah dipertontonkan pada umum. Hal kain dalam keluarga terbongkar tanpa sensor di media sosial dan portal yang gemarkan update cerita sensasi sebegini. Bukan sahaja selebriti, sosialit dan golongan kelas atasan juga terkena tempiasnya. Namun bila munculnya seorang wanita yang berani mempertahankan hak lalu tampil membela diri, wanita lain nampaknya terpanggil untuk bangun dan berbuat yang sama.
Dari kecil kita diajar, tidak kira apa pun salah si suami, si isteri perlu menjaga aibnya. Begitu juga jika berlaku sebaliknya. Sama saling menerima dan menjaga keamanan hubungan bersama. Namun sampai bila agaknya salah seorang dari kita mahu terus memendam rasa? Bila tiba kesabaran anda di duga, selalunya drama sinetron pasti akan bermula.
Pautan berkaitan: Datin X: Hasad Dengki Dan Iri Hati Melarat Sampai Membinasa Diri
Memandang remeh tentang perasaan dan kemahuan pasangan menyebabkan pasangan mudah kecil hati. Setuju? Sama seperti kes terkini Datin Roziah dan suaminya, Dato’ Lan. Siapa sangka yang sebenarnya Dato’ Lan adalah seorang Con Man! Siapa lagi yang tahu rahsianya, kalau tak isterinya, Datin Roziah? Selama beberapa tahun Datin Roziah menyembunyikan perkara sebenar dari semua teman dan rakan seperniagaan. Dan selama itulah dia hidup dalam angan- angan menggunakan gelaran diri Dato’ dan Datin!
Pecah tembelang Dato’ Lan bila segalanya kian terbongkar…
Tiada siapa menyangka yang sebenarnya mereka bukan Dato’ & Datin yang diperkenankan. Dato’ Lan memperkenalkan dirinya sebagai Dato’ dan Datin Roziah mengiyakan setiap kali disapa dengan gelaran itu. Kerana mahu menjaga air muka suaminya, dia tidak pernah membetulkan keadaan dan menyimpan rahsia itu sebaik mungkin agar tiada siapa tahu perkara sebenar. Dato’ Lan juga seorang suami yang bertopengkan syaitan. Dia punya banyak perempuan muda di luar dan menghabiskan masa terluangnya bersama najis dadah.
Siapa sangka yang sebenarnya Dato’ Lan adalah seorang Con Man! Siapa lagi yang tahu rahsianya, kalau tak isterinya, Datin Roziah?
Malu untuk bercerita kepada teman rapat atau keluarga terdekat, Datin Roziah terpaksa memendam segala derita yang dialaminya. Kalau diluah, pasti tiada yang percaya yang Dato’ Lan sebenarnya berperangai hantu. Termasuklah Datin X sendiri. Terkejut badak dibuatnya bila melihat Datin Roziah dirakam di luar Mahkamah Syariah kala dia hadir memfailkan cerai. Segalanya terbongkar selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Lama betul dia terseksa.
Mulanya Datin Roziah tidak mahu komen tentang hal rumahtangganya. Keras dengan jawapan yang sama yakni ‘No Komen’. Namun bila hari ke sehari menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah dan dihala soalan-soalan yang mencabar akal dan minda bertubi-tubi, dia akhirnya jatuh ke tangan wartawan. Sedikit demi sedikit dia mula membuka segala pekung di dada. Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang dikongsi kepada umum. Dia yang selama ini diam membisu, sudah berani berkata dua kepada semua tentang keburukan suaminya itu.
Dato’ Lan nampaknya tenang-tenang sahaja. Masih mahukan isterinya kembali ke sisinya dan masih mati-matian tidak mengaku bersalah di atas semua tuduhan yang dikenakan ke atas dirinya. Dia merayu untuk dibicarakan semula dan memujuk Datin Roziah pulang kepangkuan walaupun sudah beberapa kali ditepis hebat oleh isterinya itu.
Artikel sepenuhnya di dalam
GLAM MEI 2023 atau LANGGAN HARI INI
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa