Datin X: Datin Seri Akur Bermadu Dengan Teman Baik Sendiri - Glam Malaysia
Datin X: Datin Seri Akur Bermadu Dengan Teman Baik Sendiri

Datin X: Datin Seri Akur Bermadu Dengan Teman Baik Sendiri

Alahai apalah nasib bermadu dengan teman baik sendiri. Dari remaja hingga beranak pinak, masa dihabiskan berdua. Ke hulu – ke hilir bersama malah kadang itu Datin X lihat mereka makan pun dari pinggan yang sama.

Tak disangka – sangka keakraban itu akhirnya memakan diri mereka hingga terpaksa berkongsi suami yang sama. Bak kata pepatah, berbaik biarlah berpada- pada. Jangan terlampau suka nanti duka, usah mengilai nanti menangis jawabnya. Ada sebab orang tua Datin X selalu keluar dengan pepatah seperti ini supaya kita beringat sentiasa. Tapi bila asyik berjaga-jaga dan sudahnya datang juga bala menimpa, apa lagi yang mampu dilakukan? Telan liur sahajalah menerima.

Ceritanya, Julie dan Shima bersahabat baik sejak di universiti, UK lagi. Luar dan dalam tiada rahsia antara mereka. Apa yang si Julie tahu, pastinya sudah sampai ke telinga Shima. Yang lainnya cuma Shima menemui jodoh terlebih dahulu sebaik dia tamat pembelajaran di UK dan menikah pula bukan dengan calang-calang orangnya. Dapatlah dia merasa gelaran Datin Seri pada usia muda dan hadir di acara berprestij menjadi plus one suaminya, Dato’ Seri S.

See also
3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM

Mereka dikurniakan tiga orang anak hasil pernikahan selama empat tahun, ketiga- tiga mereka dijaga baik oleh Shima dan pembantunya. Sedang Dato’ Seri S sibuk mencari business, Julie tak pernah putus menyinggah ke rumah. Ada sahaja aktiviti bersama, kadang berbasikal berkumpulan, shopping dan bila perlukan nikmat kehidupan mereka ke restoran Michelin, menghabiskan waktu bergelak sakan sambil makan-makan bersama teman-teman yang lain. Ada sedikit perasaan cemburu bila Datin X melihat Instastories mereka. They are really living life. Tapi tidak apalah, bahagian kita akan tiba tepat pada waktunya, kan?

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Julie kantoi menjalinkan hubungan dengan Dato’ Seri S dalam diam. Bukan berita itu sahaja, Julie sudah beranak satu. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana dia boleh merahsiakan segalanya dari Shima? Datin X selidik punya selidik, dua tahun lalu (sebelum kedatangan virus korona) Julie menghilang selama lima bulan, katanya mahu bercuti sebelum memulakan perniagaan baru. Mungkin waktu itu bermula segalanya penipuan yang tak diduga ini.

Siapa sangka di UK, Julie selamat melahirkan anak bersama Dato’ Seri S, Anne. Semua kos melahirkan, tempat tinggal, makan dan pakai dan lain-lain ditanggung oleh Dato’ Seri S. Sebelum pergi, Julie sempat bertemu

See also
Hidap Endometriosis, Emma Roberts Akhirnya Bergelar Ibu

Shima untuk goodbye lunch tapi bila diingat kembali, Shima langsung tidak perasan yang Julie sedang berbadan dua. Dia masih slim dan steady!

Katanya lagi, “Benda sudah jadi, takkan lah I nak bertumbuk dengan dia.”

Datin X ada bertanya kepada Shima, “Bagaimana boleh kantoi?” Jawabnya “Tuhan dah nak tunjuk, dia akan tunjuk juga.” Yang Datin X kagum sekali, Shima tidak langsung melatah. Dia menerima semuanya dengan redha dan tawakal. Katanya lagi, “Benda sudah jadi, takkan lah I nak bertumbuk dengan dia.” Cuma apa yang Datin X nampak, mereka tidak lagi seakrab dulu. Tiada lagi Julie di gathering rumah Shima. Tiada lagi Shima bila Julie dan kumpulannya berbasikal merentas desa.

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM MAC 2021
Cerita lebih panas: Datin X: Bila Dah Berkarat, BFF Pun Hilang Entah Ke Mana Affair Di Hujung Usia

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa