Datin X: Datin Baru Kuala Lumpur, Tak Ada Class! - Glam Malaysia
Datin X: Datin Baru Kuala Lumpur, Tak Ada Class!

Datin X: Datin Baru Kuala Lumpur, Tak Ada Class!

Langsung tak ada class bila hanya yang melekat di tubuh sahaja yang mahal namun apa yang keluar dari mulut, semuanya murah dan tak berlapik.

Dalam diam-diam banyak pula kemunculan Datin-datin baru Kuala Lumpur yang Datin X sendiri tak pernah kenal dari mana datangnya mereka ini. Yang itu menikah dengan yang ini, yang ini bermain cinta dengan yang itu. Bukan Datin X dengki, tapi naik rimas pula melihat Datin instant yang berangan dengan lagak mengalahkan Puteri Raja! Baru saja berjinak dengan branded item, sudah penuh grid Instagram dengan foto-foto curated bersama kehadiran sipi-sipi tas tangan, kasut tumit tinggi dan juga pakaian berlogo jenama mewah sebesar-besar alam (Maaf, Datin X rasa macam beli di pasar malam saja).

Ya, mereka mungkin boleh acah kaya, but honey remember, money can’t buy class, ya?

Pernah dulu Datin X dengar, ramai mak-mak punya keinginan yang tinggi bila anaknya ‘cukup syarat’ untuk mereka recommend menjadi isteri kepada Kerabat Di Raja, apa lagi kalau dapat gelaran the new Datin. Ibu jenis ini selalunya cuba untuk prep anak mereka agar bertemu jodoh dengan jejaka berada. Bila zamannya sudah berlalu dan tidak laku, anak pula jadi mangsa agar apa yang dihajatkan terlaksana. Mahu salahkan sepenuhnya pada ibu pun tidak adil juga. Anda sudah tua bangka dan pandai memilih jalan hidup. Pokok pangkal diri sendiri.

See also
Wanita GLAM Akui Mercedes-Benz C-Class Pilihan Mobil Sedan Sempurna

Dato’ punya puluhan ribu ekar tanah, harta yang berlipat kali ganda dari pelaburan yang aktif. Tapi Datin? Langsung tak ada class!

Jika selera anda adalah pada wang juga harta benda, bukan pada rupa dan fizikalnya, fahamlah Datin X alasan anda memilih laluan mudah seperti. Pernah dahulu seorang datin muda, Datin Dayah berkongsi cerita dengan Datin X, “Kasih dan sayang tu, I boleh develop kemudian, yang penting I dapat secure apa yang ada dalam koceknya dulu!” Ya, memang benar, rasa sayang itu boleh dipupuk namun ia haruslah datang dengan niat yang betul. Anda setuju?

Minggu lalu, Datin X terserempak dengan Datin Reen di B.I.G kala sibuk membeli- belah barangan rumah. Sambil shopping, sambil Datin X perhatikan gayanya. Dari top to toe dada tubuhnya yang curvy itu disaluti barangan berjenama! Beg tote DIOR yang dijinjit ketika itu dibuat pula beg shopping barangan dapur. Terbeliak mata Datin X dibuatnya! I’m sure she’s decided to start living the life she’d imagined, way early. Tapi sayang, bila buka mulut habis pecah lubang! Perangai kampungnya memang tak boleh nak dibuang!

See also
Datin X: Datin Berang, PA Besar Kepala Sambil Ber ‘Dendang’ Di Media Sosial

Datin Reen, hanyalah seorang wanita biasa yang dulunya terkenal sebagai seorang social climber. Seronok menjadi entourage mengikut bontot Datin-datin KL yang sering outing bersama. Sehinggalah dia berjumpa dengan Dato’ Irman di suatu acara networking. Macam kena jackpot! Dulu sering jadi plus 1, sekarang sudah ada bodyguard dan driver. Kiri kanan dengan PA dan maid juga! Gaya hidup Datin Reen bertukar 360 darjah setelah bergelar isteri Dato’ Irman yang punya puluhan ribu ekar tanah, harta yang berlipat kali ganda dari pelaburan yang aktif. Kerana itulah wanita muda yang mahu cepat kaya pantang melihat kelibatnya (walaupun dia berstatus duda dan punya tiga anak yang masih kecil.)

Macam-macam cemuhan dan kata kesat dilempar kepadanya namun sedikit pun Datin Reen tidak koyak dengan kata-kata itu. Bak kata pepatah, “If you want the rainbow, you gotta put up with the rain.” Sangat kena pepatah ini dengan Datin Reen yang kalis tohmahan dan kebal dikutuk bertubi-tubi! Dia tahu apa yang dia inginkan dan tiada apa yang boleh menghalang kemahuannya menjadi Orang Kaya Baru

See also
10 Selebriti Yang Berkongsi Cabaran Kesihatan Mental Di Sebalik Populariti

Artikel sepenuhnya di dalam

atau

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa