Dari Vienna Ke Milan, Swarovski – Masters Of Light Kini Dibuka Di Palazzo Citterio
Swarovski melancarkan pameran Masters of Light di Milan dan dibuka kepada orang ramai di Palazzo Citterio dari 17 Jun hingga 14 Julai 2024.
Dibayangkan oleh Pengarah Kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert dan dikendalikan oleh journalist fesyen British Alexander Fury, ia bertujuan meraikan hampir 130 tahun warisan rumah Austria itu dengan merentas pengaruh dunia fesyen, perhiasan dan budaya pop.
Swarovski – Masters of Light yang ditayangkan di Shanghai pada musim luruh yang lalu kini dipamerkan di seluruh salun bersejarah Palazzo Citterio yang baru diubah suai, lanjutan hebat Pinacoteca di Brera. Perkongsian budaya dengan muzium terulung di bandar ini membolehkan pengunjung mengagumi buat kali pertama Palazzo yang telah diubah suai. Swarovski menganjurkan koleksi seni moden Pinacoteca di Brera yang disumbangkan oleh keluarga Jesi dan Vitali dari Disember 2024.
Dari Vienna Ke Milan, Swarovski – Masters Of Light Kini Dibuka Di Palazzo Citterio
Mempamerkan karya fesyen berhias kristal yang luar biasa daripada jenama antarabangsa termasuk Balenciaga, Dior, Gucci, Schiaparelli, Versace dan Armani dan rupa karpet merah berkilauan dipakai oleh Harry Styles, Doja Cat, Katy Perry dan Beyoncé. Masters of Light menggariskan kreativiti dan savoir-faire Swarovski yang tiada henti serta kerjasama yang diilhamkan dengan nama terhebat dalam fesyen, pawagam dan muzik sepanjang lebih satu abad.
Pameran Masters of Light menghimpunkan lebih 50 pakaian dihiasi kristal yang direka oleh rumah fesyen yakni Prada, Miu Miu, Fendi Couture, Gucci, Atelier Versace yang direka oleh Gianni Versace dan Donatella Versace. Selain itu, Armani Privé oleh Giorgio Armani, bersama pereka global termasuk Alexander McQueen, Louis Vuitton, Thierry Mugler Couture, Vivienne Westwood dan gaun couture bersejarah termasuk gaun 1895 yang luar biasa oleh House of Worth.
Pameran ini membawa pengunjung ke perjalanan yang mengasyikkan dari kelahiran Swarovski di Vienna abad ke-19 ke Milan abad ke-21 dan seterusnya. Ia dibahagikan kepada tujuh tema utama yakni roaming melalui kronologi jenama itu, kaleidoskop yang disusun khas bagi bijoux statement Swarovski, koleksi berlian buatan makmal pertama, penangkapan cahaya yang tiada tandingannya melalui kristal (Masters Of Light), kerjasama uniknya dengan muzik dan pawagam (Ikon Pop).
Turut baru diperkenalkan kepada lelaran Milan dalam pertunjukan itu ialah Mathemagical, sebuah ruang yang dikhaskan untuk savoir-faire Swarovski yang tidak dapat ditandingi dalam pembuatan kristal dan ketukangan barang kemas. Selain itu, ruang ini mempamerkan penampilan couture perhiasan unik yang dicipta oleh Giovanna Engelbert untuk Metropolitan Museum of Art Costume Institute Gala di New York tahun ini.
Masters of Light juga menampilkan pop-up di mana pelawat boleh menerokai pelbagai produk Swarovski yang eksklusif. Garden Café yang ditempatkan di Palazzo Citterio dengan menu yang dicipta oleh chef terkenal Milan, Carlo Cracco. Swarovski – Masters of Light dibuka kepada orang ramai di Palazzo Citterio dari 17 Jun hingga 14 Julai 2024, secara percuma.