Use your ← → (arrow) keys to browse
Annice Lyn (Kuala Lumpur)
Siri foto ini, yang diambil di iPhone XS, merangkumi ketahanan dan cinta kepada nenek. Merapatkan jurang generasi wanita, siri ini juga mengeksplorasi kemanusiaan nyata dan keindahan alam dari lensa perspektif wanita melalui naratif visual. Berdasarkan tafsiran jurugambar Annice Lyn, untuk mendorong landskap fotografi yang lebih luas untuk memperkasakan wanita
Sebagai seorang visual artist, jurugambar dokumentari dan sukan, yang secara visual mendokumentasikan kisah yang sesuai dengan kepentingannya yang kritikal. Saya percaya bahawa fotografi adalah alat untuk perubahan dengan menangkap masa kini, saat-saat, dan mengekalkan masa lalu.
Annice Lyn
Telefon bimbit sentiasa berada di sisi saya dan ini membolehkan saya “merangka” peluang ketika mencari sebarang kemungkinan. Ciri potret dan live mode membolehkan merakam subjek lebih dekat dengan alat penyuntingan untuk meningkatkan warna dengan membuat beberapa penyesuaian pantas terhadap warna, kecerahan, dan sharpness secara semula jadi.