Dakota Johnson Selangkah Menuju Perkahwinan - Glam Malaysia
Dakota Johnson Selangkah Menuju Perkahwinan

Dakota Johnson Selangkah Menuju Perkahwinan

Enam tahun menyulam cinta, Dakota Johnson dan vokalis Coldplay, Chris Martin dilaporkan telah pun bertunang secara rahsia.

Spekulasi pertunangan pasangan itu tular di media sosial selepas Dakota diwawancara majalah Bustle baru-baru ini. Menurut sumber terdekat, Chris melamar beberapa tahun lalu.

“Mereka telah lama bertunang secara rahsia. Namun sekarang mereka terbuka berkongsi mengenainya dengan rakan-rakan terdekat.

“Mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain sejak hari pertama. Jadi pertunangan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Mereka menikmati komitmen ini dan tidak tergesa-gesa merancang perkahwinan,” jelas sumber.

Cincin Pertunangan Dakota Johnson

Majalah People mengesahkan cincin batu zamrud yang dipakai Dakota sejak Disember 2020 merupakan cincin pertunangannya. Dia turut dirakam menyarungnya pada sambutan ulang tahun kelahirannya ke-34 di Los Angeles pada Oktober tahun lalu.

dakota johnson

Foto: Elle

Menerusi temu bual bersama Bustle, aktres Madame Web ini turut bercakap mengenai Martin dan anak-anak penyanyi itu, Apple Blythe Alison serta Moses. Malah dia sudah pun menggelar mereka sebagai anak tiri.

“Saya sayangkan mereka, bagaikan hidup saya bergantung kepada mereka. Dengan sepenuh jiwa raga. Saya juga sudah bersedia untuk memiliki anak sendiri,” katanya.

Martin dan bekas isteri, aktres Gwyneth Paltrow berkahwin pada 2003 namun membawa haluan masing-masing pada 2014. Mereka bercerai secara rasmi pada 2016.

See also
Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse

Setahun kemudian, Dakota dan Martin mula menjalin hubungan. Menurut laporan, percintaan pasangan ini mendapat restu Gwyneth dan anak-anak.

 

Foto: The Cut

Baca: Cincin Berlian Adele Mencetus Spekulasi Pertunangan