Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 2021 Kini Dalam Versi CKD – Dari RM242,888 - Glam Malaysia
Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 01

Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 2021 Kini Dalam Versi CKD – Dari RM242,888

Bergelanggang di Pentas 1 KLPAC, Mercedes-Benz Malaysia membawakan There’s Something About M. yakni perkenalan terbaru model GLA 2021 pemasangan tempatan dari Pekan, Pahang.

Hujung Oktober lalu, Mercedes-Benz Malaysia berbesar hati menyambut kedatangan GLAM bersempena pembentangan barisan mobil A-Class sedan versi pemasangan tempatan. Turut sama, memperkenalkan wajah baharu crossover kompak GLA 2021 dalam dua varian; GLA 200 Progressive Line dan GLA 250 AMG Line. Seperti model A-Class sedan, kedua-dua SUV ini tampil membuat penampilan debut versi pemasangan tempatan di kilang pemasangan berlokasi di Pekan, Pahang.

Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 08

Kedua-dua model ini mengekalkan tahap kelengkapan yang sama dengan model CBU terdahulu. Namun, harganya tampil lebih rendah dengan RM232,379 (atas jalan tanpa insurans buat model GLA 200. Sementara GLA 250 AMG Line pula pada harga RM266,164, dengan pengecualian cukai SST yang berakhir Disember kelak.

Harga yang dinyatakan ini bakal menjadi RM242,888 buat GLA 200 dan RM278,888 untuk GLA 250 AMG Line sebaik saja tempoh pengecualian SST tamat nanti. Walau bagaimanapun, dengan harga penuhnya memasuki tahun hadapan, model CKD bagi GLA 200 adalah RM10,000 lebih murah. Begitu juga buat GLA 250 dengan RM17,000 lebih murah.

See also
Mercedes-Benz: Redefine Classy

Sama seperti tahun terdahulu, Mercedes-Benz Malaysia menawarkan dua pilihan enjin. GLA 200 menggunakan unit dari Renault M282 1.3 liter turbocas petrol empat-silinder yang menghasilkan 163 PS pada 5,500 rpm dan 250 Nm tork dari 1,620 hingga 4,000 rpm. Ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan Getrag. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat dan kelajuan maksimum pada 210 km/j.

Bagi GLA 250 pula, memanfaatkan unit enjin buatan Mercedes sendiri, M260 2.0 liter, dengan janaan 224 PS pada 5,500 rpm dan 350 Nm antara 1,500 dan 4,500 rpm. Digandingkan transmisi DCT lapan-kelajuan, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat; kelajuan maksimumnya tampil lebih tinggi pada 240 km/j.

Kedua SUV ini tampil dengan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan paparan 10.25-inci berkembar. Termasuk Pakej Keselamatan & Bantuan Keyless-Go tanpa kunci, bantuan brek, bantuan parkir Parktronic, sistem PRE-SAFE®, kamera undur. Turut menawarkan Keselesaan dan Ciri Dalaman dengan kerusi depan larasan fungsi memori, Kawalan climate automatik Thermotronic serta fitur lanjutan MBUX.

See also
Hati Kim Kardashian Kini Milik Jejaka Muda?

Pautan Berkaitan : Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara