Use your ← → (arrow) keys to browse
Menerusi satu temu bual bersama New Beauty pada 2017, pelakon berusia 57 tahun ini mengakui menyuntik filler pada wajahnya atas saranan pakar pembedahan plastik.
Setiap kali menghadiri temu janji, pakar akan memuji penampilannya diikuti dengan cadangan untuk menyuntik lebih banyak filler. Ini mempengaruhinya untuk menjalani lebih banyak rawatan yang sebenarnya tidak diperlukan.
Tambahnya, ia tidak mendatangkan masalah pada awalnya memandangkan perubahan wajah yang dilakukannya terlalu kecil untuk disedari.
Namun dari situ dia mendapat saranan untuk bertemu beberapa lagi pakar yang turut sama memuji penampilannya, namun sekali lagi mencadangkannya untuk melakukan lebih banyak prosedur pembedahan plastik.